Bismillah.
Mama pesan pada saya, bahawa kejayaan di dunia ini adalah berdasarkan sejauh mana kita mampu untuk taat pada perintah Allah dan ikut sunnah Rasulullah.
Kalau saya perhatikan, iya, tidak salah.. malah sememangnya tidak salah..
Sandaran kehidupan kita kalau bukan pada Allah dan cara hidup Rasulullah, tidak akan ke mana-mana.
Usia terasa kosong.
Masa terasa kosong.
Harta terasa kosong..
Semuanya kosong..
Iya. Begitu mukaddimahnya. Diolah sedikit agar mampu memberi fikir pada akal kita bersama.
Beberapa hari ini hati bertandang rasa kecewa. Sekian lama benar saya cuba sedaya upaya untuk melupakan saja semuanya. Tetapi iya, sebagai insan biasa, rasa itu tetap hadir.
Kecewa.
Sedih.
Mulanya di tingkatan 4. Berada jauh daripada famili membuatkan saya berasa kosong. Melihat adik2 lain yang juga sama dengan saya, membuat saya nekad, kasih sayang yang saya hilang harus saya beri pada yang juga merasakannya kerana saya tahu akan erti pahit sebuah kehilangan.
Lalu satu persatu wajah2 itu saya lihat. Lalu saya sentuh hatinya, saya curah perhatian bagaikan adik sendiri. Perlahan-lahan saya berubah menjadi abg yang lebih baik .
Iya, dikira sehingga tahun ini, sudah genap 5 tahun mereka-mereka itu saya tinggalkan. Iya, rindu pada merekalah yang sering bertandang.
Patah tumbuh, hilang bergantian.
Saya juga hairan. Ke mana-mana juga saya pergi, pasti ada sahaja adik baru yang saya dapatkan. Ah, bukan kerana koleksi, tetapi mungkin sudah satu kelemahan diri saya, mudah menyayangi orang lain .
Stop.
Kadangkala rasa kecewa juga. Mungkin kerana belum lagi mampu mendidik hati untuk bersedia menerima hakikat, bahawa Allah lebih tahu yang terbaik untuk saya.
Mama pesan, semua yang ada di dunia ini Allah punya. Kasih sayang, perhatian, harta, nyawa, usia, masa. Semua milik Allah.
Dalam keadaan rasa tawar hati yang amat, mendengar ucapan ini, hati menjadi lega dan tenang kembali.
Segera diluruskan niat dan matlamat utama dahulu kasih sayang itu dicurah.
Sudah selesai tanggungjawab saya, maka kepada Allah pula saya berikan kembali mereka, kerana Dia lebih hebat dalam menjaga adik2 saya.
Saya hanya mampu berharap rantaian dakwah dan nasihat yang diberi akan mereka telan dan amalkan di mana-mana jua.
------------------------------
Iya, sekadar mengambil contoh daripada anekdot kehidupan sendiri. Supaya diri akan lebih beringat, bahawa segalanya di dunia hanya sementara, bukan hanya material sahaja, bahkan manusia dan kasih sayangnya.
Ada org akan menyayangi kita untuk sementara.
Ada orang hanya akan rapat dengan kita untuk sementra.
Ada yang akan bertemu kita hanya untuk smentara.
Ada yang pergi tanpa bicara.
Ada yang sengaja enggan berbicara.
Ada yang enggan kerana darjat.
Ada yang tidak suka kerana fitnah.
Iya, kehidupan ini serba serbi sementaranya. Hanya jiwa yang percaya pada kesementaraan materi dunia ini, akan mampu redha dan tersenyum, bahawa Allah akan memberikan yang lebih baik pada kemudian masa.
Allah beri pelangi selepas hujan.
Allah beri kasih sayang yang pelbagai.
Allah beri rasa tenang selepas gusar.
Allah beri senyum selepas tangisan.
Iya.. semua itu kan hanya pinjaman?
Rumah kita..
Harta kita..
Nyawa kita..
Masa..
Kasih sayang..
Rakan-rakan..
Keluarga. .
Tiada satu perkara pun yang akan kekal dalam milikan kita. Mahu atau tidak, suatu masa nnti akan perlu dikembalikan juga.
Iya, mendengar ini hati kembali tenang, terasa bahawa kasih sayang yang diberikan selama ini kepada mereka yang saya kasihi seperti adik-adik sya, tidak perlu saya pinta kembali balasannya, kerana Allah sudah berikan saya gantinya...
Iaitu redha pada kehilangan. Hati ini sudah mampu berdiri kuat untuk tetap menyebarkan kasih sayang tanpa pinta balasan. Kalau pun sesekali bisikan kecewa itu datang, segera saya tepis, yakin bahawa Allah akan menjaga mereka .. pasti!
Allah ganti dengan rasa redha pada kehilangan, diganti dengan kekuatan untuk terus menyayangi tanpa rasa kehilangan.
Dan yang paling penting,
Yakin bahawa semua itu kan hanya pinjaman..
Wallahualam.~~~~

0 comments:
Post a Comment