Ya Allah Aku Jatuh Cinta; Siri 5: Cinta dan Telinga

on Tuesday 8 October 2013

Bismillah.

Tiadalah kekuasaan di dunia ini melainkan dgn izin Allah SWT jua.

Tiada masalah yg mampu diselesaikan kalau bukan dengan izin Allah jua.

Kun fayakun! Andai Allah berkehendak maka apa2pun tiada kemustahilannya.

Begitu. Mukaddimahnya saban kali jari jemari ini mendapat peluang untuk menaip ... meluah idea dalam hati dan akal yang difikir setiap hari.

.......

Cinta dan telinga.

Org yang mampu menjadi pendengar yang baik adalah sang pujangga cinta yang baik.

Mengapa?

Fitrah kita manusia. Suka meluah rasa kepada hanya yang kita percaya. Hanya pada yg kita sayang dan letak harap padanya. Dia yang kita letak yakin dan sandaran, bahawa dia akan mendengar luah hati yang bergelora.

Mendengar. Bukannya mudah. Hati perlu sedia, telinga harus tabah. Bukan smua org mampu menyediakan dirinya utk menjadi 'crying shoulder' untuk org lain. Bahkan untuk menjadi kuat untuk org lain adalah suatu cabaran besar.

Iya.

Mendengar adalah suatu cabaran besar urk kebanyakan kita.

Sebab kita seringkali hanya mahu didengari. Jarang sekali mahu menyediakan diri utk mendengar dengan empati, bukan sekadar simpati.

Aduhai..

Empati dan simpati. Org yang mampu mendengar juga belum tentu bersedia memberi empati.. kebanyakannya hanya mampu mendengar dengan simpati, diselangi dengus cuba utk selari dengan rentak sedih orang yang sedang meluah rasa, tanpa benar2 cuba memahami rasa yang disimpannya.

Benarlah...! Org yang mampu mendengar itu pujangga cinta yang agung! ...

Bayangkan saja. Apabila kita cuba berkongsi rasa, lalu yang kita percayai mampu untuk mendengar dan memahami, sekadar menunjuk riak wajah bosan dan meluat.. del kerana letihnya menghadapi dunia, dia enggan meluang sedikit waktu untuk mendengar dan berkongsi rasa.

Bayangkan saja.. ketika sedang duduk bersama rakan atau teman sekerja.. ada satu org saja yang memonopoli perbicaraan. Andai sememangnya tiada topik berbual mungkin diterima, tetapi smua bicara hendak dipotongnya..

Hati rasa apa?

Sakit.. pedih.. menyampah.. lalu sedikit demi sedikit rasa 'cinta' itu terhakis dengan sendirinya..

Mendengar ini bukan kepakaran, tetapi suatu kelebihan.

Bawalah 'telinga' dalam 'bercinta'. Tidak kisahlah 'cinta' itu pada siapa. Cinta tiada sempadan rasa. Bukan hanya utk kekasih tetapi untuk smua yang halal cinta itu untuk dikongsikan .

Cubalah telefon si ibu, pasti banyak ceritanya.. kadangkala berulang-ulang episodnya. Percayalah, dia bukan mahu memberitahu khabar dan berita terkini, sekadar mahu anaknya 'mendengar' perasaannya.. kerana dari situ dia tahu, anaknya itu membawa cintanya dengan telinga.

Belajarlah mendengar, bukan sekdar dengan simpati tetapi malah dengan empati. Bawa diri untuk cuba menyelami rasa dan seksa yang diceritakan. Cuba utk menganalisa rasa yang dikongsikan. Berilah sokongan dngan mendengar, kerana kadangkala dengan mendengarlah smua masalah selesai, walaupun kita tidak memberi pilihan jalan penyelesaian..

Mendengarlah..

Dengarlah dengan hati dan jiwa yang terbuka. Hormatilah, fahamilah, rasailah gundah si dia yang sedang berkongsi gelora hatinya..

Maka jadilah anda pujangga cinta yang ulung!

...

Di dunia ini, tiada lain yang mendengar dgn sempurna, tanpa berharap balasan.

ALLAH SWT jua pencinta agung. Dialah pendengar setia pada tiap rintihan hambaNya, siang malam tanpa batas dan sempadan masa.

Dialah idola dalam meniti jejak langkah menjadi pujangga cinta agung.

Maka mendengarlah! Bawalah telingamu dalam cintamu! .

.....

Taufik
8/10/13
02:39am


Posted via Blogaway