Menjadi Kau, Aku, Kita.

on Tuesday 1 September 2015
Lain warna mata
Lain berbeza-beza.
Kerana menjadi kau, aku, kita.
Lain ciptaannya.

Kdgkala menjadi aku itu tak mudah
Jujur sesekali melukai
Diam seringkali dilukai
Malah ketika cuba mencari teman
Akhirnya ditinggalkan
Sendirian.

Menjadi aku selalu tak mudah
Sering dikunjung rusuh rasa
Tak mahu meluka
Tapi sering menghiris rasa.
Diam aku sering disalah erti
Bising aku salah difahami
Duri.
Itu mungkin persona diri
Didekati berdarah
Mendekati terseksa.

Kerana menjadi kau, aku, atau kita,
Tiap satunya lain jiwa
Tapi dalam satu bersama
Kita melengkapi
Yg kurang sama dibaiki
Yang lebih sama diraih
Apakah itu suatu hakikat yg sukar?
Yg deras kita tongkah
Seiring..bersama?

Iya..
Adakala menjadi aku itu tidak mudah
Terlalu mencuba
Terlalu usaha.
Waktunya untuk berhenti membaiki
Biar masa memberi sembuh
Biarlah..
Mungkin pada singgahan rasa begini
Buat aku kenal erti kecil
Sebagai ciptaan penuh kelemahan
Iya..
Ckuplah...
Sekadar ada teman yang singgah
Cukuplah.
Segala duri yang melekat
Cukuplah...

Perutusan 29 Jun 2015.

on Tuesday 30 June 2015
Bismillah. 

Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita dikembalikan. Sungguh tiada apa-apa daya upaya di dunia ini yang mampu menghalangi sekiranya Dia menghendaki. 

Acapkali begitu mukaddimahku, walaupun kesekian kalinya jari jemari ini bermain di atas papan kekunci ini. 

Alhamdulillah. Rasmi sudah injakan usia ke tahun yang 24 bermula pukul 12tgh malam semalam lagi. Post ucapan selamat ulang tahun juga mula seawal tempoh itu semalam. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus menjadi hamba, mencari yang silap, melengkapi mana-mana yang kurang. 

Lots has happened for the past 24 years. Even the past few years wasnt really sunshine and rainbows. Dugaan demi dugaan bertimpa-timpa. Still, like the saying goes "What doesnt kill you makes you stronger" aku berpijak untuk terus teguh menghadapi duga-duga kehidupan. 

Ada yang cakap usia hanyalah sekadar angka, its partly true, partly yet to be discovered. In my humble opinion, angka itulah satu benchmark untuk kita membuat koreksi diri, sejauh mana-mana saja sebenarnya kita sudah mula bersedia menghadapi dunia luar. Angka itu jua yang menjadi peringatan pertama akan jauhnya kita dari usia saat kita mula akil baligh, diberi tanggungjawab untuk menanggung sendiri segala tindak-tanduk dan perbuatan diri. 

Aku tak rasa keterlaluan kalau aku kata aku banyak berubah. The goods as well as the bads. Mungkin dek kerana anjakan masa dan paradigma pemikiran, aku mula mengelola dan mengemudi bahtera akal dan pemikiran aku dengan cara lain, tidak seperti dahulu. Mungkin atas asbab hati yang seringkali ditoreh dan dipijak-pijak, aku bangkit jadi someone yang kurang sensitif seperti dahulu, you know, the melancholy type guy yang mudah simpati pada org lain. 

Now Im being more selective towards those that I approach. Kau nak singgah, silakan. Kau mahu pergi, silakan jua. The previous years life experience taught me to always let things/people go when it is time. Berpegang dan terlalu fight for it/them to stay somehow backfired, and always let one side down; most of the time diri sendiri. Kalau dulu aku mudah melihat dan always look for the best in people, tapi sekarang kukira sifat itu mula terhakis. No, bukan aku nak kata aku sentiasa bersangka buruk kat org, tapi my point is, tak ada guna kita nak sibuk lihat dan cari kebaikan org lain tatkala mereka sendiri tak mau kita cari kebaikan mereka. So let them be, we show the way, tapi kalau depa tak mau ikut, tak mau terima, maka lepaskanlah. Menyimpan dan bersedih hati atas hal2 begitu sungguh sia-sia untuk diri sendiri. 

Angka 24 ini juga beri aku satu lagi ingatan; Ive became a husband for more than 2 years now. New responsibility yang serius aku kata ada masa aku rasa sungguh susah untuk aku kemudikan. Alhamdulillah, aku diberi teman hidup yang baik dan penyayang. Menjadi pasangan muda bukanlah mudah. Ada badai ombaknya jua kadangkala. Tapi all in all, sebelah sayap kehidupan terasa ringan. Ada teman untuk kuluah perasaan, ada kawan untuk aku cari kala kesunyian. Kalau dahulu aku sibuk berfokus pada byk hati yang perlu bimbingan, sampai hati sendiri tak terjaga. Hadir si zaujah jua jadi ubat segala kepayahan, kepasrahan. 

Being 24 pun tak halang aku untuk terus bermanja dengan mak(s). Hehe. Ada mak, umi, mama, and mak mertua. Seronok jadi anak. =). Aku happy sebab mak dah duduk rumah sendiri lagi sekali. Alhamdulillah dipermudah urusan untuk rumah itu bangkit semula selepas tunduk ke tanah dimakan api. Kukira, devotion aku untuk mak belum habis tapi aku puas hati untuk yang setakat ini. Moga Allah mudahkan lagi rezeki. 

Cuma untuk bab kesihatan, kiranya tahun ini paling tidak baik. Seringkali disinggahi sakit kepala yang berdenyut-denyut dan badan yang selalu membengkak di sana sini. Ini peringatan, ada mungkin dalam perihal kehidupan sehari-hari yang perlu kepada perubahan.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah. 
Alhamdulillah. 

Terima kasih untuk sahabat dan kenalan yg mengucapkan selamat ulang tahun untuk aku hari ini. Terima kasih atas doa kalian dan jangan berhenti doakan saya.

Saya ini pendosa, doa kalian amat perlu untuk cover doa saya... =)

Alhamdulillah untuk usia 24 ini. Moga aku istiqamah dan jadi lebih baik...

SELAMAT HARI LAHIR, TAUFIK. 

Taufik
Putatan, Sabah


Masa Bertambah, Kita Berubah

on Saturday 11 April 2015
Assalamualaikum.

Makhluk tiada kuasa tapi Allah ada kuasa. Kuasa atas segalanya.

Mukaddimahku setiap kali. Moga masuk ke hati.

Lama kiranya laman blog ini aku tinggalkan. Bukannya tiada coretan hidup yang mahu dikongsi tetapi ilham berbicara di papan kekunci ini tidak seaktif dulu. Tapi kiranya malam ini ada buah fikiran yang terasa mahu kutumpahkan di daerah blog ini. Ada cerita yang mahu kusampaikan.

Aku suka berdiskusi minda. Apatah lagi hal2 yang banyak berkaitan dengan empati dan psikologi manusia, dan aku suka berdebat mengenainya. Hobi, fikirku, memandangkan aku ini orgnya gundah gulana, kalau dalam bahasa halusnya, terlalu melankolik kepada kebanyakan perkara.

Aku sesekali toleh kebelakang, pada coretan2 lama yang pernah aku singgahkan di blog ini dahulu.

Aku banyak bercerita tentang org lain, terutamanya those that Im very close with.

Iya, aku mudah prihatin pada orang lain.

There's one time that a dear friend asks me about this habit of mine. Aku x penat ke ambil berat pasal org lain? Sebabnya, ada masa tu dia tgk aku terlalu tenggelam dalam melankolik jiwa yang kadangkala kelihatan tiada hujungnya. Dia pula yang penat tengok aku katanya.

Well, everyone has their one 'naive' stage, which made them believe that things are lot more easy and they didnt expect the worst might came, even dari the dearest people that can ever expect.

Ive passed that stage.

Oh maybe I should say Im over it?

Kejadian yang berlaku dalam hidup aku beberapa minggu yang lepas makes me re-think about what have I done in the past.

Aku sentiasa percaya that everyone has their 'point of kindness' that if treated well, that person can become someone yang sangat bagus.

Aku sentiasa percaya begitu.

Sampai aku tenggelam sendiri dalam 'naif' aku bersangka baik pada semua org.

Dan akhirnya hal itu menelan aku hidup-hidup.

There are several phases in my life where Ive been crushed, hated, and even dikhianati oleh my so-called bestfriend yang aku percaya since I was in lower secondary school stage. Ku kira dialah kawan yang boleh aku trusts with everything, yet somehow, he betrayed me. It took 15mins of crying before aku dapat masuk balik inthe very hall yang dia malukan aku in front of 100++ of rakan sebaya, and a long lfetime of trust untuk dia lagi.

Pengajaran pertama, dont easily call someone as your bestfriend until they earn it.

Mungkin disebabkan suasana yang aku bentuk selama aku sekolah menengah rendah dulu always dengan budak2 surau, budak2 baik, so I didnt see that coming. Gunting dalam lipatan yang bersembunyi di sebalik saiz badan gemuk dengan figura 'alim'nya.

Tak pasal2 cerita aku dijaja di sana sini, memburukkan aku di belakang aku.

If you're reading this, man up. Aku lagi respect org yang berani cakap depan daripada being such a coward cakap belakang.

Another thing, aku ni cepat simpati dengan org. Aku tak tau kenapa? Allah nak ajar aku, Allah didik aku dengan aku pula yang tak sengaja hancurkan hati org without I even know about it.

Mungkin pada masa aku ditanya soalan tu, aku sedang kelamkabut, I was immature, jadi aku jawab dengan jawapan yang paling menyakitkan hati.

So lesson no. 2, learn to susun your sentences properly. INCREASE your empathy pada orang lain. You wont know when will you need it.

*saja letak gambar kat sini. Mesti kamu bosan tengok letters ja kan?*

Cliffnote version, life hasnt been any easier to me (emotionally). Every phases of life aku berhadapan dengan new challenges yang baharu, and through the journey aku akan sentiasa hancur hati with people yg I used to care about. 

"Sometimes the hardest part in the morning when you wake up is to remember the things that want to forget about last night"- anonymous.

Letting go something that means the world to you, mmg susah. All the memories, semua benda yang kita dah buat untuk someone yang kita anggap 'special' for the world, bukan something yang aku boleh buat just by the snap of the finger. Tak semudah itu. 

I may seem to easily forgive and forget, tapi hakikatnya tidak. aKu forgive and keep the feeling rotten inside, and let it consume me and aku akan start rasa sedih yang tiada hujung. 

Yet somehow, that 'TAUFIK' actually perlahan-lahan tinggalkan personaliti aku. 

Instead of being melancoly, aku start being more 'digital' as per what my dear friend Alex said. Aku seek for answers and keep looking for the logic behind it. Simulasi rasa yang aku buat sekarang tak macam dulu. 

Its simply, kalau kau tak perlu perhatian lagi, rasa terkongkong dengan nasihat aku dan do's and dont's aku, ITS OKAY. 

Walaupun betul jauh di sudut hati tu, aku sedih. 

Tapi tak sedih macam dulu dah. Aku dah outgrown semua tu. 

Umi kat sekolah hari tu bagitau, "maybe its just because you are just overwhelmed with so many responsibilities, that somehow you dont have any more love to share" 
. Partly true. Partly yet to be discovered. 

Mungkin sebab dulu I was trying too hard to become a good example untuk semua org, so aku chose several orang untuk jadi 'bayang2' aku.

Iya, org yang aku polish sifat dan peribadinya. 

Yet somehow, it backfired. 

So far hasilnya, aku bersedih di penghujung jalan. 

"Aku menyayangimu kerana agamamu, andai hilang agamamu, maka hilanglah sayangku padamu" - Imam An-Nawawi.

Simple. I keep telling myself and them yg aku mahu mengelak sebarang kepentingan untuk mendekati mereka. Maka, yang aku fokus adalah agama mereka. Itu yang aku mahu bentuk melalui sentuhan kasih sayang. 

Then what happened? 

Jeng3..

Mostly 'bayang'2 ini embraced their dark side. 

Yes, dulu aku naif, aku kejar diorang balik, aku nasihati balik.
Tapi hasilnya sama jugak. 

Malah macam2 cara diorang ni nak tutup perbuatan entah apa2 tu, tapi Allah tunjuk jugak. 

Mungkin Allah nak didik aku, taht things are not as easy and simple as  I imagine it would be. 

Tapi sekarang tak. You dont want my advise, my attention, thats it. I wont interfere dalam hidup kau dah. Settle. 

Circle hidup aku yang sangat luas dulu, semakin lama semakin kecil. Masih ada lagi sifat melancoly tu I guess, but I only keep the percentage that keeps me humane and sentiasa ada empati yang tinggi untuk org lain.

Other than that, no thanks. 

Sebab dalam pencarian ini, yang kutemui hanya kekecewaan. 

So as time passes, aku juga berubah sedikit demi sedikit. 

Life memang akan ada naik turunnya, and kita yang kena jadikan tiap naik turun tu menarik dan ada impak positif pada diri kita. 

Keep your life interesting and keep looking for positivity, tp selalu warn yourself to not to be too naive in life. It will crush you. 

So I guess, even the New Year has already way too far leaving me, I dont think its such a bad idea to get a new start, new beginning, kan? 

Lagipun, setiap hari yang kita diberi untuk bernafas lagi dan lagi, ada lembaran-lembaran baharu jua. 

Maka, hargailah tiap detiknya, insyaAllah. 


Taufik
Taman Greenwood
11/4/2015
11:22pm