Jalan Ini Harus Diluruskan, Rantaian Ini Harus Diteruskan.

on Sunday 20 January 2013
Bismillah.

Sungguh, kesilapfahaman kita sekarang ini harus ditukar segera, bahawa kejayaan di dunia ini tidak lain tidak bukan diukur dari ketaatan kita kepada Allah, itu sahaja definisinya yang sebenar-benarnya.

Sebab..

Orang yang taat pada Allah akan merasakan dirinya sedang dinilai oleh Dzat yang Maha Melihat, Mendengar, dan Mengetahui.

Dia akan melakukan amal kebaikan seumpama amal itu akan dipersembahkan dengan segera kepada Tuhannya, maka hatinya akan terus-menerus bimbang kalau buku catatan pekerjaannya buruk ketika diperlihatkan kepada Allah SWT.

Maka hidupnya lebih berfokus untuk melakukan segalanya dengan penuh kualiti yang disertai dengan kuantiti.

Begitu mukaddimah.. dipanjangkan sedikit memandangkan sekian lama blog ini sunyi dari bicara kata penulisnya.

Ahh.. hidup ini singkat yang penghujungnya tidak pasti. Hidup memang penat dan memenatkan. 
Sejenak saya melihat-lihat sebentar ke luar kawasan perumahan, dan apabila ada peluang saya merayau sejenak ke pasar-pasar dan kawasan shopping. Andai diberi kesempatan saya berbual-bual pula dengan manusia-manusia yang smpat saya temui. 

Aduh, parah. Banyak yang harus kita baiki. 

Jalan dakwah ini harus diteruskan. Sudah 1434 semenjak tahun hijrah berlalu. Aduh, semakin kita jauh daripadanya, bukanlah harus kita tersenyum simpul, tetapi semakin berasa sedih kerana pertambahan tahun Hijrah ini menandakan kita sudah semakin jauh daripada erti Islam yang sebenarnya. 

Dari saat penyempurnaan Islam pada saat kewafatan junjungan besar Nabi Muhammad SAW bukanlah satu titik kepada rantaian jalan dakwah ini. Bahkan, itu adalah satu amanat untuk jalan dakwah ini diteruskan. Junjungan Nabi Allah sudah kembali kepada PEncipta kita, kekasih abadinya. Maka rantaian amar makruf nahi mungkar ini jatuh ke bahu kita pula. Menjadi tanggungan kita untuk terus menerus beringat-ingat sesama kita, memperbetul silap faham dan kefahaman kita dalam menjalani kehidupan ini. 

Aduh, saya hanya mampu berdiam ketika mendengar perkataan-perkataan mereka yang sering beranggapan dirinya sudah cukup benar dalam segalanya. 

Mengapa? 
Saya bukan risau pada dia, tetapi risau pada diri saya! Apabila saya masih mampu bersangka buruk pada orang lain maksudnya hati saya masih sakit, ada tanda-tnda 'bangga diri' masih terpalit pada hati ini. 

Istighfar. 

Maka itulah seharusnya.. perlu pada setiap kita meletakkan azam untuk terus menyambung pesanan-pesanan yang telah diberikan oleh Nabi Allah kepada kita, yang diteruskan oleh pada Tabiin sejak dahulu lagi. 


Hari ini harus kita betulkan salah faham umat hari ini, supaya kita beringat selalu bahawa segala komponen yang Allah berikan kepada kita di dunia ini adalah pinjaman dan milik Allah semata-mata. Tiada konsep milik kekal bagi hamba yg benar-benar memahami dirinya yang dimilik oleh Dzat yang Maha Abadi, yang tidak tidur dan tidak akan mati.

Kita perlu teruskan jalan dakwah ini untuk memercikkan air2 peringatan ke mata-mata umat yang masih tidur dan bermimpi dalam jaganya. Bahawa usia ini bukan milik kita dan harta ini bukan hak kita. Semuanya harus dikembalikan kepada yang Hak, dan dibelanjakan jalan yang betul ..

Hari ini kita lihat anak-anak kecil dimomokkan dengan hiburan, sejak kecil dilentur menjadi penghibur, dihias dirinya menjadi bahan tatapan yang bukan mahramnya.

Hari ini kita lihat para wanita menjadi pusat kepada fitnah. Auratnya ditutup tetapi dibiarkan terbuka. Tudungnya singkat bajunya ketat! 

Hari ini kita lihat lelaki yang menjadi tonggak kepada jalan dakwah duduk bersilang kaki di rumah, sibuk menunggu tengah malam untuk menonton bola, jiwanya melekat di stadium2 suaranya hilang kerana bersorak. 

Anak remaja kita yang menjadi kayu ukur maju mundur zaman semakin rosak. Bergaul bebas merata, bercinta tidak sudah, lalai tiada hujungnya. Hidupnya difokus pada mencari cinta, hatinya hilang daripada erti kasih sayang sebenar. 

Masjid2 kita kosong. Hanya Jumaat waktunya penuh dan meriah. Bangunan2 masjid dibina sebesar-besarnya tetapi lengang daripada penghuninya. 

Sunnah semakin diejek, diperlekeh, malah yang mengamalkan sunnah dicaci, dmarah, dihalau semahunya. 

Aduh, andai rantaian dakwah ini terputus, maka siapakah nnti yang akan membela nasib umat yang jauh daripada Allah? Sedangkan nabi berpesan, tidak muslim seorang muslim yang tidak menyayangi saudaranya.!

Jalan dakwah ini harus diteruskan supaya tiap umat ini bersedia untuk memberikan jiwa raganya kepda Tuhannya. 

Barulah nnti pelajar kita pelajar-pelajar yang bertakwa.. 

Rumah-rumah kita penuh bahagia dan barakah..

Masjid-masjid kita beriah, tidak henti2 menyebut nama Allah. 

Tempat kita bekerja penuh harmoni, batas bergaul dipelihara, solat dijaga. 

Aduh, andai rantaian dakwah ini berhenti di sini, entah bagaimana generasi hadapan nanti? 

Masihkah mereka mampu mengenal Rasul yang 25?

Tahukah mereka membaca Al-fatihah nanti untuk ibu bapanya?

Mampukah mereka mengenal siapakah Siti Khadijah? Kenalkan mereka siapakah Nabi Musa? Tahukah mereka siapakah Khalifah yang Empat? 

Aduh.. andai dakwah ini berhenti, tiada penyambungnya, maka terus-meneruslah umat ini tenggelam dalam kesilapfahamannya bahawa ia tidak akan dipersoal akan amalnya di dunia, dan mereka akan terus hilang daripada mengenal siapakah Allah, Tuhannya!


Mari, jalan dakwah ini harus diluruskan, Rantaian ini harus diteruskan.....

Ar Rafiiq Qabla Thaariq

on Monday 14 January 2013

Bismillah.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah semalam saya cuba juga bermujahadah baca sebuah buku ni.
walapun hanya beberapa helai.
better than never right?
Tajuk nya : Beginilah jalan dakwah mengajarkan kami.
ia sangat menarik.for me,bestla.
ada 1 part yg menarik perhatian sy untuk berkongsi dengan kamu di sana~
Ar Rafiiq Qobla Thaariq
memilih teman harus didahulukan sebelum memulai perjalanan.
Perjalanan yang bagaimana? Teman yang bagaimana?

Dalam kita menempuh jalan dakwah ini, pasti sepastinya kita tak mampu untuk menempuhnya seorang diri. Akan tiba 1 ketika yang kita sendiri memerlukan seorang teman tempat kita berbincang, meluahkan perasaan kerana sehingga saat ini, saya yakin semua bersetuju yang jalan ini pasti penuh dgn air mata.bukan hanya senyum dan tawa. kerana jalan ini perlu pengorbanan yang cukup besar dari kita.


Imam Ghazali ada berkata dalam Kitab Ihya Ulumuddin,

” Hendaknya org yg ingin bepergian memilih teman.
Jangan ia keluar seorang diri. Pilih teman dahulu, barulah tempuh perjalanan.
Hendaknya teman yang menemaninya dalam perjalanan itu adalah org yang bisa membantunya dalam menjalankan prinsip agama , mengingatkannya tatkala lupa, membantu dan mendorongnya ketika ia tersedar.
Sesungguhnya orang itu tergantung agama temannya.
Dan seseorang itu tidak dikenal kecuali dgn melihat siapa temannya….”


Begitu pentingnya seorang teman dalam kita menempuh perjalanan kita ini, bukan sahaja perjalanan kalau nak balik kampung dari  selatan ke timur, malah ia sangat dituntut dalam perjalanan jalan dakwah kita yang pastinya panjang dan infiniti ini.

Hadith Rasulullah S.A.W pula,
” Andai manusia mengetahui apa yang akan dialami seseorang jika ia seorang diri,
nescaya tak ada orang yang menempuh perjalanan malam seorang diri.”


Hatta, Nabi Musa sendiri pun, dalam surah Thaha,20:29-30 yang berbunyi,
dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, yaitu Harun saudaraku”
membutuhkan seorang teman dalam menempuh jalan ini, inikan pula kita manusia biasa kan…
Perjalanan dalam dakwah ini juga, sama seperti perjalanan dalam urusan lain yang memerlukan syarat-syaratnya sendiri. Contoh: perjalanan balik kampung menaiki kereta perlukan kereta yang siap diservis, ahli keluarga yang sihat so that, tak delah kena patah balik ke hospital kalau tiba-tiba ada yang sakit ke (tapi semua tu dengan izin Allah la kan) ,


Dan salah satu syarat perjalanan itu adalah,
Ar rafiiq ash shaalih. Teman yang baik.
Ada kata-kata bijak pandai, sahabat yang baik adalah cerminan diri kita sendiri.Sejujurnya,saya bersyukur kepada Allah kerana sepanjang hidup ini,bermula dari sekolah rendah sehinggalah sekarang saya berada dialam pekerjaan,Allah mengurniakan saya sahabat-sahabat yang baik yang sentiasa memberi peringatan buat diri ini dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini. Syukran kerana menjadi sebahagian memori2 indah dalam hidupku.Saya bersyukuur sangat dipertemukan dengan kalian semua. May Allah bless all of us. Doakan semoga saya terus tsabat dan istiqomah dijalan yang sumpah panjang ini,saya doakan semoga Allah mempertemukan kita sekali lagi di jannah kelak,InshaAllah.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat
ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi.
Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya.
Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Jadi, sama-samalah kita mencari dan juga berusaha menjadi ar rafiiq ash shalih itu.
Jangan hanya mengharap dari sebelah pihak sahaja, malah kita sendiri juga perlu menjadi teman yang baik dalam perjalanan sahabat kita itu juga.
Kerana kita kan sama-sama mahu mengejar syurga dalam perjalanan menggapai mardhatillahNya bukan?



~Pimpin tanganku jangan lepas~
Allahualam.wassalam.


~Nazmi Anr~
2332

"Dua Hala"

on Sunday 13 January 2013
Bismillah.. 

Kejayaan manusia adalah sejauh mana ia mampu untuk taat kepada perintah Allah SWT sepertimana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kekayaan manusia terletak pada budi dan bicaranya, dan sejauh mana ia mampu menjadikan dirinya bermanfaat untuk manusia lain. 

Mukaddimah pelapik bicara, moga-moga mampu memberi hikmah dan jalan keluar pada resah. 

InsyaAllah. 

Hmm.. 

Dalam apa-apa proses, apa-apa yang masuk, akan keluar. 

Kita makan, kita buang. 

Kita masuk, kita keluar. 

Ada siang, ada malam.

Ada lelaki, ada perempuan (pondan tiada dalam kategori.. itu lain cerita)

Ada gelap, ada terang. 

Segala sesuatu yang Allah ciptakan di dunia ini, sifatnya adalah untuk saling melengkapkan. Sebab tiada sesuatu pun yang Allah ciptakan di dunia ini dengan bersifat 'sempurna'. Maka dalam apa-apa perkara, semua boleh dikatakan sebagai mempunyai hubungkait 'dua hala'.

Orang memberi, kita merasa.

Orang berbicara, kita mendengar.

Orang melihat, kita memerhati. 

Dasawarsa ini, negara ini penuh dengan polemik politik semasa yang tiada habis-habisnya. Maklum saja, generasi baharu masa kini akalnya sudah mulai celik dan mula berfikir. Mula melihat-lihat akan kekurangan yang ada pada kepemimpinan masa kini yang sudah lama memegang kuasa namun ada beberapa hal yang menyebabkan golongan konts-kerajaan ini mula bangkit. 

Perhimpunan. 

Status Updates.

Tweets..

Sesekali yang terlalu obses pemikirannya hingga gagal untuk membuka fikiran menyebarkan kebencian yang sesekali bagi saya, kurang berasas. Jangan silap ya, saya tidak cuba untuk menyebar apa-apa dakyah kebencian atau pro kepada mana-mana parti politik dalam post blog saya. Bagi saya, biarlah apa-apa yang saya catatkan bersifat neutral, dan saya serahkan kepada anda untuk menilai baik dan buruknya. 

Berbicara soal 'dua hala' ini, saya kira ramai, termasuklah diri saya sendiri alpa dan terlupa untuk benar-benar memahami maksud yang ada di sebalik dua perkataan ini. 

Berada di bumi asing dan merantau di tanah org ini memberi saya peluang untuk menelaah keadaan muka bumi Allah ini dengan ragam manusia yang pelbagai. 

Semasa membeli barangan, senyuman si cashier mampu membuatkan yang membeli terlupa sejenak akan overspendingnya di kedai tersebut. Tangisan si bayi di satu kaunter lain mampu memadamkan pula rasa girangnya yang bersifat sebentar itu ..

Hidup ini adalah proses give and take. Saya kira mungkin itulah juga asas kepada konsep karma, bahawa apa-apa jua yang kita beri, akan dapat jua balasannya nanti. Seperti idioms yang berbunyi what goes around comes around. Allah juga menegaskan di dalam Al-quran berkali-kali bahawa dunia ini tempat untuk kita menabur amal dan meningkatkan saham akhirat, bahawa di akhirat kelaklah balasan yang kekal untuk tiap-tiap kelakuan kita di dunia fatamorgana yang penuh godaan ini. 

Maka daripada sebesar-besar perkara itu, harus dikecilkan kepada semudah-mudah perkara yang ada di dunia ini. 

Pada suatu ketika, apabila kita sedang sibuk mencari-cari kesilapan orang lain, lalu mengadu domba supaya org yang kita dengki itu akan mendapat kecelakaan, percayalah bahawa suatu masa nti, diri kita pula akan mendapat balasan yang sama. 

Karma, atau kita panggil sebagai balasan. 

Saya percaya bahawa di dunia ini tiada satu perkara pun yang datang secara kebetulan. Allah susun takdir kita di dunia ini sudah cukup cantik dan tiap satu perkara yang berlaku adalah atas izinNya juga dan kerana Dia mahu kita mempelajari sesuatu daripadanya. 

Maka melihat kepada polemik semasa sekarang, saya juga sedikit hairan apabila melihat anak-anak muda dan juga masyarakat yang berbangga mampu mempersoal dan riuh menuntut kerajaan yang adil tetapi gagal untuk membentuk masyarakat yang adil ..

Di atas jalan raya, gagal bertimbang rasa dan bertolak ansur, tetapi berhajat supaya orang lain bertolak ansur dan bertimbang rasa kepadanya.

Di tepi-tepi jalan, ada peminta sedekah yang benar-benar kelaparan, tidak mahu pula menghulurkan hatta RM1 sekali pun atas skurang-kurangnya memberinya makanan, tetapi berhajat supaya orang lain prihatin pada kesusahannya.

Di masjid-masjid jemaahnya kosong, hanya sejadah, kipas dan lampu masjid berjemaah bersama imam. Tetapi berhajat suatu kerajaan Islam sepenuhnya. 

Saya bukan bersifat anti kepada mereka yang berjuang menuntut keadilan kerajaan. Sama sekali tidak. Tetapi pada hemat saya, ada wajarnya kedua-dua usaha ini saling membantu dan bersifat dua hala. 

Katakanlah saya ini idealistik, tetapi saya tetap percaya, apabila kita menjaga agama Allah, mka Allah akan jaga pula keperibadian dan perihal kita. Akan dikirimkan kita keamanan dan kebaikan dan barisan kepemimpinan yang adil lagi saksama. 

Melihat kepada keadaan sekarang, saya sedih melihat jalanan yang sudah semakin penuh dengan pemprotes tetapi apabila dibawa untuk sama mengajak amar makruf nahi mungkar, mereka kekal berpendapat bahawa kuasa akan membolehkan agama lebih berkembang luas. 

Kalau benar itu berjaya, sudah lama dalam catatan sejarah nabi lakukan sedemikian. 

Tetapi yang kita pelajari, nabi baiki akidah dan iman pengikutnya, kemudian barulah nabi perlahan-lahan menyebar dakwah secara terbuka, lalu membina empayar Islam yang bertahan berkurun lamanya. 

Tetapi sekarng, dalam keadaan Islam mampu diamalkan secara bebas, kita memilih jalan singkat dan mudah. Rumah-rumah Allah sepi daripada jemaah. Binaannya besar tetapi kosong. Majlis taklim dan ceramah dipenuhkan dengan hasutan dan kebencian (tidak semua). 

Mungkin sudah tiba masanya, kita merujuk semula proses 'dua hala' yang kita amalkan selama ini. Saya sedar, penulisan saya dalam post kali ini ada yang sedikit kabur maksudnya, kerana saya cuba untuk menjadi seneutral yang mungkin. 

Proses dua hala dalam kes kehidupan kita sekarang adalah, dalam kita menuntut keadilan untuk diri kita, haruslah kita juga adil kepada diri kita sendiri juga.

Dalam kita menuntut hak milik kita, harus juga kita tunaikan tuntutan dan hak Allah terhadap kita. Sekuat-kuat manusia itu adalah melihat kepda ketaatan kita kepada Allah. 

Dengan Izin Allah, maka semuanya akan berubah, insyaAllah. 

Mungkin kerana proses dua hala kita selama ini terlalu banyak menghala ke arah kita sahaja, lupa pula kepada kerajaan yang paling Adil dan Saksama yang pemerintahnya Allah!

Maka insyaAllah, sama-sama kita bermuhasabah dalam kita mencari jalan untuk mengubah keadaan negara kita ke arah yang lebih baik dan sejahtera. InsyaAllah. 

"Masa" Yang Berlalu.

on Tuesday 1 January 2013
Bismillah.. 

Sejauh manakah saya dan anda smua mampu mentaati perintah Allah, sejauh itu jugalah kejayaan kita sepanjang tahun 2012, dan itu jugalah titik tolak kejayaan kita untuk tahun 2013 ini. 

Ehem.. pemula kata diubahsuai sedikit. Maklumlah, ikut persekitaran yang kian rancak dengan sambutan tahun baharu 2013.. padahal kalau ikutkan, hanya sekadar peralihan tahun Masihi. 

Bagi saya pula lain, tarikh ini adalah tarikh hari jadi ayah saya.. So, slamat ulang tahun ayah! (or 'Bapak' coz thats how we called him at home...~~homee~~~ How i missed my home..)

'Scrolling down' facebook news feed, hampir semua rakan facebook saya mula berbicara mengenai resolusi 2012 mereka. Di Twitter apatah lagi.. Saya tersenyum sahaja melihat telatah kita semua.. Manusia, kalau tidak macam-macam tingkah laku dan telatahnya, maka tidaklah dunia ini meriah bukan? 

Cumanya.. 

Apabila melihat ke belakang, aduh, betapa terasa singkat benar masa yang berlalu. 

Saat melihat adik sepupu saya dimanjakan dengan soalan-soalan bila mahu masuk skolah.. nak pakai baju baharu atau tidak.. 

Bila nak shopping baju skolah.. 

Alahai~~ teringat kenangan ketika masih lagi setahun jagung mengenal dunia ini. Ketika masih bergelar murid sekolah rendah, kemudian pelajar skolah menengah, lalu ke transisi pemindahan usia ke sebagai mahasiswa institusi pengajian tinggi. 

Sekarang? 

Sedang update blog ini ketika sedang menjalani latihan industri. 

Tidak menyangka pula, usia sudah hampir menginjak ke 22 tahun, dan bakal bertukar status tidak lama lagi sebagai Zawj kepada seorang Zawjah.

Tersenyum kadangkala, dan pada waktu yang lain pula saya berkeluh sendiri. 

Sepanjang 22 tahun ini, (-6 thun mungkin belum mengenal dunia, atau -12thun untk akil baligh) bagaimanakah usia ini dihabiskan?

Kalau dilihat jendela kehidupan, ada orang yang;

hidupnya dilanda sepi sepanjang masa, tetapi lupa Allah ada di sisiniya
ada yang hidupnya dipenuhi gelak tawa, sehingga lupa erti air mata
ada yang hidupnya terumbang ambing ke sana sini, lupa tanggungjawabnya sbg khalifah
ada yang mencari erti kehidupannya, tetapi lupa untuk mengenal Tuhannya... 

dan saya kira banyak lagi keadaan manusia sepanjang usia mereka hidup, atau sekurang-kurangnya sehingga tarikh semalam, penghujung tahun 2012. 

Maka pada ketika kalendar sudah berganjak ke tahun 2013, azam demi azam sudah mula dikeluarkan, di'fatwa'kan, diterangkan, dan dihebahkan.. 

Masing-masing berharap hidup akan menjadi lebih baik dan lebih elok, dan lebih hebat berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

Ada yang mahu berkerja lebih keras, supaya rezekinya bertambah..
ada yang mahu beljar lebih rajin, supaya makin pandai,
ada yang mahu belajar memasak, supaya masakannya lebih sedap dan enak. 

ada yang itu.. ada yang ini..

Namun, sejauh mana pula iktibar kita ambil pada amal dan ketaatan kita kepada Allah pada tahun sebelumnya? Saya kira, inilah perkara pokok yang harus kita debatkan di dalam hati dan sanubari kita.

Sejauh mana kita mampu mentaati dan mengenal Allah, maka perancangan yang kita azamkan untuk tahun baharu ini, insyaallah akan mendapat bantuan dan dipermudah oleh Allah SWT.. 

Agama ini memudahkan kita mencapai maksud hidup.. saya hairan bagaimana ada org boleh menganggap agama dan hukum yang Allah garis pandukan untuk kita, dibantu dengan penerangan oleh Nabi Muhammad SAW didakwa sebagai mempersempit kehidupan sehingga menganggap org yang hidup beragamai sebagai tidak syumul kehidupannya.. 

Apalah ada pada rezeki yang banyak kalau Allah tidak berkati? 

Apalah ada pada usia yang panjang kalau Allah tidak memberi berkat pada usia kita? 

Hidup hanya menunggu mati, mati pula menunggu seksa! 

Aduh... parah! 

Jadi insyaAllah, moga bicara ringkas kali ini sama2 memberikan kita manfaat untuk menilai semula resolusi 2013 kita.. 

Moga Ada Baiknya..

Taufik
-1403-

Cepatnya MASA BERLALU


bismillahirrahmanirrahim..


alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
sehingga saat dan detik ini diriku masih bisa menghirup udara segar,
masih bisa hidup di bawah naungan Agama Islam,
masih bisa berbahagia di samping sahabat dan ikhwah tercinta,
masih bisa mengurus waktu walau tidak sebaik mana..

masyaAllah,
betapa ku rasakan masa ini berlalu begitu laju.
terasa seperti baru semalam diriku masuk ke alam januari 2012,
terasa baru semalam tahun 2012 bermula,sekarang dah masuk 2013,
hari ini rupa-rupanya sudah 1 Januari 2013.
bermakna sudah setahun aku hidup di tahun yang penuh cabaran sebagai seorang pelajar dan pada masa yang sama sebagai seorang pekerja.
terasa banyak benda lagi belum di digest..
cepatnya MASA BERLALU..
^^,

ya Allah,
menjelang tahun baru ini,
hambamu sedar,
bahawa sesungguhnya..
diriku sudah lanjut usia,
mati itu makin dekat dan makin hampir dengannya,
dunia ini juga sudah begitu tua..
hambamu yakin,
kiamat itu makin hampir..

maka ya Allah,
sucikan hatiku, lapangkan dadaku, luaskan pengetahuanku,
teguhkan keyakinanku terhadapmu,
tetap dan tambahkan keimananku, tingkatkan ketaqwaanku,
permudahkanlah segala urusaku,
baik di dunia,di alam sakaratul maut mahupun di akhirat sana,
peliharalah aku, daripada sebarang kemaksiatan dan kemungkaran,
lindungi aku, daripada fitnah dajal dan fitnah dunia,
kuatkan aku, dalam mengharungi arus pemodenan dunia,
gagahkan aku, dalam menghadapi segala dugaan dan ujian dariMu,
terangilah hatiku, dengan cahaya rabbaniMu yang tidak kunjung malap,
kurniakan petunjuk dan hidayahMu kepadaku,
indahkanlah akhlakku, juga pertuturanku, juga perlakuanku,
ampunilah segala dosaku, serta dosa orang tuaku, adik beradikku, kaum kerabatku,
sahabat handaiku,ikhwah seperjuanganku, guru-guruku dan umat Islam seluruhnya..
naungilah hidup kami dengan lembayung rahmatMu,
berikan kami keredhaan dan keberkatanMu,

perkenankanlah doaku,
Hanya PadaMu tempatku memohon dan merayu..
amiin ya Rabbal Alamin--

hingga ke akhirnya,
~Nazmi Anr~.
01-01-2013
0022 am