"Dua Hala"

on Sunday, 13 January 2013
Bismillah.. 

Kejayaan manusia adalah sejauh mana ia mampu untuk taat kepada perintah Allah SWT sepertimana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kekayaan manusia terletak pada budi dan bicaranya, dan sejauh mana ia mampu menjadikan dirinya bermanfaat untuk manusia lain. 

Mukaddimah pelapik bicara, moga-moga mampu memberi hikmah dan jalan keluar pada resah. 

InsyaAllah. 

Hmm.. 

Dalam apa-apa proses, apa-apa yang masuk, akan keluar. 

Kita makan, kita buang. 

Kita masuk, kita keluar. 

Ada siang, ada malam.

Ada lelaki, ada perempuan (pondan tiada dalam kategori.. itu lain cerita)

Ada gelap, ada terang. 

Segala sesuatu yang Allah ciptakan di dunia ini, sifatnya adalah untuk saling melengkapkan. Sebab tiada sesuatu pun yang Allah ciptakan di dunia ini dengan bersifat 'sempurna'. Maka dalam apa-apa perkara, semua boleh dikatakan sebagai mempunyai hubungkait 'dua hala'.

Orang memberi, kita merasa.

Orang berbicara, kita mendengar.

Orang melihat, kita memerhati. 

Dasawarsa ini, negara ini penuh dengan polemik politik semasa yang tiada habis-habisnya. Maklum saja, generasi baharu masa kini akalnya sudah mulai celik dan mula berfikir. Mula melihat-lihat akan kekurangan yang ada pada kepemimpinan masa kini yang sudah lama memegang kuasa namun ada beberapa hal yang menyebabkan golongan konts-kerajaan ini mula bangkit. 

Perhimpunan. 

Status Updates.

Tweets..

Sesekali yang terlalu obses pemikirannya hingga gagal untuk membuka fikiran menyebarkan kebencian yang sesekali bagi saya, kurang berasas. Jangan silap ya, saya tidak cuba untuk menyebar apa-apa dakyah kebencian atau pro kepada mana-mana parti politik dalam post blog saya. Bagi saya, biarlah apa-apa yang saya catatkan bersifat neutral, dan saya serahkan kepada anda untuk menilai baik dan buruknya. 

Berbicara soal 'dua hala' ini, saya kira ramai, termasuklah diri saya sendiri alpa dan terlupa untuk benar-benar memahami maksud yang ada di sebalik dua perkataan ini. 

Berada di bumi asing dan merantau di tanah org ini memberi saya peluang untuk menelaah keadaan muka bumi Allah ini dengan ragam manusia yang pelbagai. 

Semasa membeli barangan, senyuman si cashier mampu membuatkan yang membeli terlupa sejenak akan overspendingnya di kedai tersebut. Tangisan si bayi di satu kaunter lain mampu memadamkan pula rasa girangnya yang bersifat sebentar itu ..

Hidup ini adalah proses give and take. Saya kira mungkin itulah juga asas kepada konsep karma, bahawa apa-apa jua yang kita beri, akan dapat jua balasannya nanti. Seperti idioms yang berbunyi what goes around comes around. Allah juga menegaskan di dalam Al-quran berkali-kali bahawa dunia ini tempat untuk kita menabur amal dan meningkatkan saham akhirat, bahawa di akhirat kelaklah balasan yang kekal untuk tiap-tiap kelakuan kita di dunia fatamorgana yang penuh godaan ini. 

Maka daripada sebesar-besar perkara itu, harus dikecilkan kepada semudah-mudah perkara yang ada di dunia ini. 

Pada suatu ketika, apabila kita sedang sibuk mencari-cari kesilapan orang lain, lalu mengadu domba supaya org yang kita dengki itu akan mendapat kecelakaan, percayalah bahawa suatu masa nti, diri kita pula akan mendapat balasan yang sama. 

Karma, atau kita panggil sebagai balasan. 

Saya percaya bahawa di dunia ini tiada satu perkara pun yang datang secara kebetulan. Allah susun takdir kita di dunia ini sudah cukup cantik dan tiap satu perkara yang berlaku adalah atas izinNya juga dan kerana Dia mahu kita mempelajari sesuatu daripadanya. 

Maka melihat kepada polemik semasa sekarang, saya juga sedikit hairan apabila melihat anak-anak muda dan juga masyarakat yang berbangga mampu mempersoal dan riuh menuntut kerajaan yang adil tetapi gagal untuk membentuk masyarakat yang adil ..

Di atas jalan raya, gagal bertimbang rasa dan bertolak ansur, tetapi berhajat supaya orang lain bertolak ansur dan bertimbang rasa kepadanya.

Di tepi-tepi jalan, ada peminta sedekah yang benar-benar kelaparan, tidak mahu pula menghulurkan hatta RM1 sekali pun atas skurang-kurangnya memberinya makanan, tetapi berhajat supaya orang lain prihatin pada kesusahannya.

Di masjid-masjid jemaahnya kosong, hanya sejadah, kipas dan lampu masjid berjemaah bersama imam. Tetapi berhajat suatu kerajaan Islam sepenuhnya. 

Saya bukan bersifat anti kepada mereka yang berjuang menuntut keadilan kerajaan. Sama sekali tidak. Tetapi pada hemat saya, ada wajarnya kedua-dua usaha ini saling membantu dan bersifat dua hala. 

Katakanlah saya ini idealistik, tetapi saya tetap percaya, apabila kita menjaga agama Allah, mka Allah akan jaga pula keperibadian dan perihal kita. Akan dikirimkan kita keamanan dan kebaikan dan barisan kepemimpinan yang adil lagi saksama. 

Melihat kepada keadaan sekarang, saya sedih melihat jalanan yang sudah semakin penuh dengan pemprotes tetapi apabila dibawa untuk sama mengajak amar makruf nahi mungkar, mereka kekal berpendapat bahawa kuasa akan membolehkan agama lebih berkembang luas. 

Kalau benar itu berjaya, sudah lama dalam catatan sejarah nabi lakukan sedemikian. 

Tetapi yang kita pelajari, nabi baiki akidah dan iman pengikutnya, kemudian barulah nabi perlahan-lahan menyebar dakwah secara terbuka, lalu membina empayar Islam yang bertahan berkurun lamanya. 

Tetapi sekarng, dalam keadaan Islam mampu diamalkan secara bebas, kita memilih jalan singkat dan mudah. Rumah-rumah Allah sepi daripada jemaah. Binaannya besar tetapi kosong. Majlis taklim dan ceramah dipenuhkan dengan hasutan dan kebencian (tidak semua). 

Mungkin sudah tiba masanya, kita merujuk semula proses 'dua hala' yang kita amalkan selama ini. Saya sedar, penulisan saya dalam post kali ini ada yang sedikit kabur maksudnya, kerana saya cuba untuk menjadi seneutral yang mungkin. 

Proses dua hala dalam kes kehidupan kita sekarang adalah, dalam kita menuntut keadilan untuk diri kita, haruslah kita juga adil kepada diri kita sendiri juga.

Dalam kita menuntut hak milik kita, harus juga kita tunaikan tuntutan dan hak Allah terhadap kita. Sekuat-kuat manusia itu adalah melihat kepda ketaatan kita kepada Allah. 

Dengan Izin Allah, maka semuanya akan berubah, insyaAllah. 

Mungkin kerana proses dua hala kita selama ini terlalu banyak menghala ke arah kita sahaja, lupa pula kepada kerajaan yang paling Adil dan Saksama yang pemerintahnya Allah!

Maka insyaAllah, sama-sama kita bermuhasabah dalam kita mencari jalan untuk mengubah keadaan negara kita ke arah yang lebih baik dan sejahtera. InsyaAllah. 

0 comments:

Post a Comment