Dari Hati Untuk Hati.

on Saturday 15 November 2014
Bismillah. 

Ada hal dalam dunia ini memang dalam jangkauan kawalan kita. Ada pula sebahagiannya lagi bukan dalam kuasa dan kudrat kita untuk mengubahnya. 

Iya, itu hakikat kita sebagai hamba. 

Dan kerana limitasi inilah, kita sesekali terasa 'hopeless' dalam kembara kehidupan fatamorgana.

Ada waktu terasa terlalu sukar, hingga kadangkala kita terduduk, menangis tidak henti. Terkedu dengan kelemahan diri. 

*****

Sudah menginjak dua bulan semenjak peristiwa hitam itu berlaku.Hati belum sempat sembuh dan kemudian luka lagi. Baru sahaja dugaan berat menimpa keluarga, baru hendak menarik nafas lega, kami diduga lagi. 

Penulisan kali ini latarnya sedih, mungkin kerana baru malam ini air mataku mampu mengalir, setelah sekian lama aku biarkan mata ini kering, berpura-pura kuat sedangkan di dalam aku sedang hancur, berkecai tiap rasa. Malam ini aku mampu menangis spuas-puasnya. Hati terasa lega, dadaku terasa ringan. 

Iya, tangisan mampu meringankan hati yang sedang sarat dengan kesakitan, keperitan, dan kesedihan. 

Analogi kehidupanku belum susut dari dugaan. Ada sahaja datang dari setiap pelusuk, setiap arah kehidupan. Tidak, aku tidak mengeluh, sekadar meluah rasa terpendam. Takut kalau aku biarkan di dalam nnti dia akan menjadi barah, lalu memakan diri sendiri. 

Maaf kalau post kali ini latarnya terlalu suram dan gundah. Penulisanku sentiasa dari hati. 

Masih terngiang wajah ibundaku sehingga kini. Aku tidak mampu meluah pada sesiapa akan risaunya aku pada keadaan ibuku. Sebab aku tahu tiada sesiapa lagi yang mampu memahami sakitnya sepertimana aku merasainya. Di hadapan mataku sejak aku kecil, aku merasai setiap derita yang ibu rasakan, mana mungkin tika aku dewasa, tatkala aku menjadi semakin memahami latar dan drama dunia aku mampu meletakkan derita rasanya di tepi? Tidak. Tidak mungkin sama sekali. 

Sekarang entah di mana2 saja jiwaku menerawang. Entahlah, pada waktu aku menginjak tanah Terengganu ini, ada saja hal yang mengganggu ketenangan hati. Ada saja hal yang buat aku erghh.. Entahlah, rasanya hal2 lama dan remeh temeh buat kecelaruan begini sentiasa datang. 

Aku tertarik dengan penulisan Ust Pahrol dalam bukunya yang baru saja aku beli "Soal Hati".Simpulnya, buku itu berbicara soal hati, yang aku yakin punca segala rasa yang celaru muncul saban hari ni. 

Mungkin atas kurniaan hati yg mudah menyayangi, mudah tersentuh, dan mudah berkecil hati ini, hampir tiap hal yg berlaku menggangguku. Saban zaman bertukar aku masih diduga atas hal yang sama, berulang kali, cuma watak2 yg terlibat berbeza. Cuma atas kedegilan aku untuk mengakuinya, aku yakinkan diri bahawa aku hanya menjalanka tggjawab sbg hamba, yg berusaha keras utk menjadi seseorang yg berguna utk manusia lain. 

Tapi hakikatnya TIDAK.

Mungkin aku ketawa apabila aku ceritakan kembali hal2 yg berlaku pada aku dahulu. Bagaimana aku sentuh hati org lain utk aku didik dan aku sayangi bagaikan darah dagingku sendiri. Dan kemudian aku dibuang begitu saja, iya, habis madu sepah dibuang. Apabila aku perhati, nampaknya aku gagal mendidik. Begitu. Pedihnya masih terasa. Sampai sekarang. 

Berkali-kali aku pujuk diri.. Cuba nak lupakan saja semua tu tapi hakikatnya setiap waktu hal itu buat hati aku berkecai. 

Kalau hati puncanya. Maka hati juga penyelesaiannya. 

Maka aku kuatkan hati setiap kali hati hancur. Caranya? Aku mendekati dan memerhati. Aku bersangka baik pada tiap2 calar yg wujud dalam episod hidup. Sbb bagi aku calar balar inilah yang akan menjadi asbab utk aku semakin kuat ke hadapan, walaupun ada masa tu aku akan terduduk menangis. Sendiri. 

Tapi kita ini hamba berTuhan, mana mungkin kita brsendiri? 


Ada Tidak Bertambah, Hilang Tidak Berkurang.

on Wednesday 12 November 2014
Bismillah.

Setiap hari pun kita kena banyak bersyukur kepada Allah SWT. 

Ramai yang masih mahu hidup untuk beribadah tapi peluang itu sudah tertutup.

Dan. 

Setiap hari pun kita kena banyak istighfar kepada Allah SWT. 

Sebab dalam kita diberi peluang untuk menambah ibadah, malah kita menambah dosa. 

Aduh, berceramah pula. Tapi ada baiknya juga kalau aku mulakan penulisanku begitu. Sesekali sentapkan diri ni memang perlu. So that kita ensure diri kita ni masih konsisten dalam consciousness dri yang masih kenal apa itu 'kebaikan' dan msih mahu meninggalkan 'kejahatan'. 

....

Aku kadang tu sangat mencemburui org yang boleh kurang kisah dan tak ada tendency untuk overthink. 

Sebab utk kes aku, aku berfikir terlalu kerap dan terlalu kritikal sehingga mengganggu kualiti tidur dan rehat aku. 

Dan aku selalu bercakap sendirian. 

Aku rasa masalah tidur aku ni sebab aku ada terlalu banyak perkara yang aku timbang-tarakan, dan diam di dalam kotak fikiran tak keluar langsung sebagai satu gugusan idea. 

Iya, mungkin begitu. 

Ada masa tu aku rasa macam nak lari dari smua ni.

Dari hingar bingar dan rusuh rasa yang tidak pernah berhenti walaupun satu saat. 

Aku tidak mengeluh hidupku penuh liku. Sebab aku tahu ada orang yang lebih dahsyat diduga ranjau kehidupannya. Malah kalau diikutkan, aku sangatlah beruntung. 

Cuma things are hard lately, and being afar from your love ones doesnt makes it any easier either. 

Di sini cukup aman. Suasanya damai, jauh dari hiruk pikuk kota yang memang menyesakkan dada. Mungkin bagi yang sudah terbiasa dengan hiburan, tempat ini bagaikan penjara dan nothings much to offer. But for me, this is a place where I belong. Aman, suasana kampung begitu jelas. Kalau bukan kerana tuntutan kerja, rasanya aku akan mulakan hidup di sini, settle down di sini. 

*****************

Scroll news feed fb, kadangkala aku tertanya-tanya sendiri, ada sedikit perasaan 'jealous' muncul apabila mata tertancap pada beberapa gambar dan muat naik status yang terpampang. 

"Entah bila akan bertemu lagi" - caption suatu gambar yang penuh dengan memori. Sekumpulan sahabat mengambil gambar bersama dan mengira detik untuk kembali bersua suatu masa. 

Apabila aku belek2 kembali rakaman-rakaman foto yang aku simpan, tidak banyak yang melibatkan aku di dalamnya, apatah lagi yang melibatkan gambar aku bersama dengan so-called teman2 seperjuangan di mana2. Di kampus, di mrsm, di skolah menengah... jarang skali ada. 

Kalau ada pun sekadar dengan junior, adik2, kawan2 gitu-gitu ja. 

Dan pada masa inilah aku akan mula melihat ke dalam diri; akukah yang tidak tahu cara bergaul yang betul? 

Kalau aku jenguk balik masa silam, memang aku spesis 'out of context'. Meaning, aku tidak melekat pada satu-satu kelompok pada satu2 masa yang panjang. Sama ada aku berjalan bersendirian, atau aku tiba-tiba masuk dalam satu kelompok manusia yang aku kenal, tapi tidak begitu rapat. 

Mungkin sebab aku rasa, belum ada lagi yang mampu tandingi nilai persahabatan yang kami jalin dari kecil; di bangku tadika lagi = Amnah dan aku. Nilai kepercayaan kami tinggi. Jarang bersua, jarang bertemu apatah lagi berhubung. But we are always there for each other. 

Mungkin serik aku pada situasi ditikam oleh rakan baik sendiri sewaktu di MRSM dahulu, yang menyebabkan aku jadi kurang berkenan untuk mencari 'geng'. Maka berkelanalah aku sendiri pada kebanyakan waktu. 

Jadilah kewujudanku seolah melukut di tepi gantang; ada tidak bertambah, tiada tidak berkurang. 

Sesekali terasa sunyi tu. Sebab melihat org lain ada geng dan definisi kelompok rakan mereka masing2.  Dan di satu sudut, aku memerhati saja org keliling. Aduh. Kesian pulak rasa dengan diri sendiri. 

Tapi aku tidak rasa mengeluh sebagai satu jalan keluar di sini. Aku yang memilih untuk jadi 'outsider' therefore I have to live with it kan? 

Sebenarnya bagi aku, its better to be known as someone yang nobody, tapi kau berkerja keras di belakang tabir. 

Biarlah ada tidak diketahui tapi hilang dirasai, kata org. 

Tapi keadaan aku sekarang rasanya kalau hilang pun org tak peduli. haha. 

Cuma dalam hidup ni, kena slalu amal bakti dengan bersungguh-sungguh pada orang lain. Walaupun kita tidak dikenali, biarlah perbuatan kita jadi ingatan manis semua orang. 

Itulah mungkin yang aku cuba nak buat. Jadi someone yang boleh buat baik untuk/kepada semua orang, walaupun tidak dikenali apatah lagi dikenang-kenang. 

Sebab itu aku suka menyendiri, sebab aku ada bnyk waktu untuk gunakan akal untuk berfikir, meneliti, dan menelaah keadaan sekeliling. 

Panjang dah ni bebelan aku. Harap lepas ni aku boleh tidur selepas mencurahkan segala isi kepala ni. 

Sekian. 

Taufik 
11.35pm
Terengganu




Lain Hati yang Dijaga, Lain Hati yang Derita.

on Saturday 8 November 2014
Bismillah.

Rasanya lama benar aku tidak contengkan apa2 di sini. Mungkin kesibukan berkerja, mungkin juga sebab pura-pura sibuk dengan kerja.

Terus-terang, aku rindu diri aku yang dulu. Yang melankolik , kurang perhatian kepada isu dan hal yang melibatkan orang lain. But as time goes by, rasa macam aku sedang beralih daripada memerhatikan diri sendiri kepada memerhatikan orang lain.

No, aku tak judge orang lain. Tapi somehow aku suka study masyarakat keliling. To know more tentang kehidupan, and to understand people more.

Tapi somehow benda tu backfired. I lost too many people that I care about in the process. I care too much dan sibuk uruskan hal ehwal orang lain sebelum diri aku. For some reason aku sendiri hairan macamna aku boleh survive tahun degree dulu. Sebab life was so much harder back then.

Tak macam dulu. Aku memang kepoh, aku memang bising. Itu aku tak nafikan. Tapi sedar atau tidak, itu cuma satu lapisan personliti yang aku berikan pada dunia untuk kenali aku. Dalam dan jauh di sudut hati, cuma Allah dan kawan baik aku saja yang tahu. Aku boleh jadi sngat introvert, dan aku sangat PEMALU. Cuma aku deny sifat pemalu aku tu sbb aku perlu survive. Nak malu kena bertempat.

Dah beberapa tahun berlalu sejak kali terakhir aku menjadi 'aku'. Iya, yang suka bermadah dari penulisannya, yang suka berkarya untuk meluahkan isi hatinya. Aku rasa, kalau aku kumpulkan semua sajak yang aku pernah tulis dulu, aku dah boleh gabung menjadi sebuah antalogi sajak. Tu belum lagi campur cerpen-cerpen pendek yang kadang2 ada yang tidak menemui penghujung pun.

Aku ada terlalu banyak hal yang aku simpan dalam kepala dan hati sanubari aku. Aku suka perhati org lain sebab aku belajar melalui org lain. Aku cuba untuk memahami orang lain dan aku berusaha untuk puaskan hati orang lain.

Tak mau orang lain sedih.

Tak mau orang lain kecewa.

Tak mau orang lain tak selesa.

Cuma kadangkala, kedangkalan dalam aku menjaga tingkah laku mungkin, membuat akhirnya orang lain yang sibuk aku jaga hatinya, akhirnya aku juga yang hancur hati, terseksa, derita, sedih tak ada hujung tiba.

Penat. Memang ada masanya aku rasa dah penat nak buat semua ni. Ada masa tu aku rasa aku boleh hentikan masa sekejap; atau sekurangnya aku dapat visualkan yang masa berlalu begitu perlahan disekeliling aku, dan cuma aku yang boleh merasainya. Dan aku disitu sendiri, terpinga-pinga melihat keadaan kelilingku.

Akukah yang tidak tahu cara bergaul yang sebetulnya?

Fokusku terlalu banyak untuk menjaga anak-anak kecil dan adik2 sahajakah? Sehingga mahu menjadi satu entiti dalam masyarakat terasa begitu susah.

Ada masa tika kesedihan itu bertandang, aku kuatkan diri dengan motivasi sunnah. Iya, aku pegang pada pesan Nabi, untuk jadi manusia yang berguna untuk orang lain.

Tak kisahlah sejauh mana orang nak gunakan kita, biarlah kita jadi manusia yang memberi manfaat.

Walaupun kehadiran kita tidak dirasainya, biarlah kehilangan kita dirindui.

Ingat tak terasa hati apabila yang bersusah-payahnya kita, tapi org lain pula yang disanjung dan dihargai usahanya?

Tapi percayalah, bahawa yang berkerja di belakang tabir itu, kepuasannya tidak sama dengan yang sibuk dipuja org ramai sepanjang hidupnya.

Biarlah aku jadi pemain cerita di belakang tabir, sebab motif utama hidup adalah untuk berkhidmat sebaiknya.

Di sini senyumku tawar sepanjang masa. Aku tidak salahkan sesiapa, malah aku kasihan melihat diriku sendiri. Peluang banyak di depan mata, tapi aku biarkan saja.

Kenapa?

Sebab aku penat menjaga hati manusia. Aku sudah cuba, tapi lain hasilnya. Jadi beginilah, lebih padan untuk aku berdiam bersendiri, sebab kadangkala kelakuan insan2 kelilingku tidak secocok dengan ritma hidup yang aku cuba lagukan. Jadi, takkan perlu aku paksa mereka untuk memahamiku?

Hidup biarlah memahami tanpa cuba minta difahami. InsyaAllah lebih mudah begitu.

Sekian lama tidak menconteng apa-apa di sini, hari ini aku memilih untuk meluah rasa. Tapi terus-terang, aku rasa lega menulis begini. Mungkin untuk hari2 yang akan datang aku akan bertandang lagi sini, menukilkan coretan hati yang benar2 sedang parah ni.

Wokeyh.. Assalamualaikum

TAUFIK
11/8/2014
12.00am