Detik Masa Yang Merugikan

on Monday 31 December 2012
Bismillah. 

Pesan mama, kejayaan di dunia ini adalah berdasarkan kepada sejauh mana kita dapat taat kepada perintah Allah dan mengikuti ajaran Rasulullah.

Sementara kejayaan lain hanya bersifat sementara, tidak kekal dan sia-sia. 

Begitu mukaddimah. Diulang berkali-kali supaya dapat ditelan ke dalam kotak fikiran, difahami dan diamalkan lalu disampaikan. 

Sudah 31 Disember 2012. Mulai esok (selasa) akan bermula satu lagi lembaran baharu dalam kalendar masihi. 

Ada debar yang semakin kerap menjengah ke jendela hati ini. Iya, dalam beberapa bulan sahaja lagi, maka bertukarlah status saya menjadi zawj kepada seorang zawjah. 

Beberapa hari lepas ada melihat beberapa sedutan daripada filem "Ayat-ayat Cinta". Lama sudah filem itu ditayangkan di layar perak, tetapi itulah antara filem yang menambat hati saya. 

Ada satu sedutan menarik perhatian saya, ketika Fahri bernikah dengan orang lain, seorang insan bernama Nurul kesedihan yang tidak sdah. 

(Ok, di sini masuk part poyo sedikit). 

Terfikir juga saya, adakah 'dia', seorang wanita yang pernah saya suarakan hasrat hati saya padanya dahulu berasa begini juga?

Selang beberapa hari bertemu dia yang kini bergelar sahabat karib, dia ada suarakan rasa itu. Nadanya bergurau, tetapi tembus ke hati saya.

Hmm.. takdir Allah jua yang mendahului segalanya. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------
1 Januari 2013 akan bermula tidak sampai dua hari lagi. 

Sedar tidak sedar, tahun demi tahun sudah berlalu. Tetapi kerugian itu tidak pernah meninggalkan diri kita.. 

Allah swt bersumpah demi masa di dalam Al-quran.

Diberitahu kepada kita betapa kita (manusia) sntiasa dalam kerugian. 
Saya, anda, dia, mereka, kamu... 
smuanya dalam kerugian.. 
rugi sehari-hari...

Kecuali orang-orang yang beriman ..
makna kata, yang tidak mengEsakan Allah sebagai Tuhannya sudah menghabiskan waktu hidupnya dengan penuh kerugian..
dia buta daripada kebenaran
dia hilang daripada lurusnya kenyataan bahawa Allahlah Tuhan semesta Alam.. Mereka rugi tidak mengenal tuhan, hidup hanya menunggu mati tanpa keluar dari kejahilan. 

Namun beriman saja tidak cukup.. 
Allah syaratkan dengan amal-amal soleh..
makna kata, org yang kenal Allah sebagai Tuhannya tetapi ingkar kepada suruhanNya tetap hidup dalam kerugian.. 
mereka menghabiskan masa hidup dengan mengejar keduniaan
lalai dalam fatamorgana dan permainan dunia. 
sesat dalam nafsu yang sntiasa membanjiri kemahuan..
lidahnya mengaku Islam sedangkan hatinya tidak mengenal Tuhan.. 
usianya diselubungi amal kemaksiatan dan kekufuran..
usianya dipenuhi kerugian!

namun beramal soleh sahaja tidak ckup dan masih diburu dengan kerugian.. 
Allah syratkan amal soleh itu harus diikuti dengan pesan-pesan kepada perkara yang haq.. 
untuk memperkenalkan kepada manusia lain siapakah Tuhan mereka..
yang manakah dosa yang manakah pahala..
amal solehnya haruslah mengalir dalam bicaranya..
memperingat untuk meninggalkan kebatilan dan segera kembali kepada kebenaran..
jika tidak, maka hiduplah ia di dalam kerugian hatta amal solehnya tinggi menggunung.. 

beramal soleh dan mengingatkan yang Haq tidak cukup juga dan masih ditimpa kerugian..
andai tidak disertai kesabaran. 

Harus dirinya sabar dan tabah menghadapi cercaan dalam dakwahnya
harus sabar dipulau dan dibenci kerana menegakkan kebenaran dan menentang kemaksiatan.

Allah tidak bersumpah atas gunung, langit mahupun bintang2! Tetapi Allah bersumpah atas masa, sesuatu yang akan terus-terusan meninggalkan kita tanpa menunggu walaupun untuk berhenti sesaat cuma. Allah bersumpah bahawa manusia tetapi akan rugi.. 

melainkan org yang beriman yang beramal soleh yang menegakkan yang haq dan yang penuh dengan kesabaran. 

Dunia ini suatu perjalanan panjang.. dan tiap2 detik kita dipenuhi dengan kerugian.. 

Tidak hairan kenapa org2 tua kita mengingatkan, bahawa masa itu umpama Emas~~~ 

Wallahualam.. 

Taufik
0032am

Indahnya Saat Berbulatan CINTA

on Saturday 29 December 2012

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah ikhwah-ikhwah yang ana kasihi sekalian,

Ana menulis warkah ini buat mengingat kembali usrah kita yang terakhir. Allah menentukan ana dapat menemani antum semua sehingga perjalanan hari ini. Alhamdulillah, dengan rasa berat hati dan perasaan masih lagi x bersedia, ana melepaskan antum kepada murobbi baru untuk menemani langkah-langkah kecil antum kepada Allah dan syurgaNya.





Ikhwah fillah,

Masih ingatkah antum  saat pertama kali disentuh tarbiyyah? Saat pertama kali mengenal Allah? Saat pertama kali kita dipertemukan didalam satu usrah? Rumah akh Anizan menjadi saksi pertemuan pertama kita dalam berbulatan cinta demi meraih keredhaan Illahi dalam setiap saat kehidupan kitaBagaimana agaknya saat-saat itu ya? Ana rasa antum lebih mengetahui , pahit, manis, sedih, ketawa, hati kita saling merasainya bersama-sama dijalan ini.

Ikhwah fillah,

Bermula dengan membuka mata mengenali tujuan hidup kita, sebagai Khalifah(2:30) dan ‘abidNya (51:56), adakah tarbiyyah ini telah betul-betul berkesan di hati dan mengubah diri kita? Cuba renungkan kembali setelah kita berusrah selama beberapa tahun, apa yang telah tarbiyyah ini membawa kesan kepada diri antum? Ana tidak punya jawapan untuk itu, cuma antum sahaja tahu.

Ana menulis ini dengan suatu harapan yang sangat besar buat antum, islam yang kita pegang hari ini dengan tarbiyyah yang kita perolehi hari ini, adalah nikmat yang sangat besar tak terhingga, antum  adalah rijjal-rijjal yang Allah pilih, untuk memahami Ad-deen ini, untuk mengubah dunia ini. Tidak kah antum  merasainya?

Umat kita sedang sakit, saudara kita di luar sana sedang mencari-cari. Janganlah leka dengan dunia, kerana dunia ini tidak akan menjanjikan apa-apa untuk kita. Bangunlah, buka mata, buka hati, serahkan diri kita sepenuhnya untuk Islam. Masuklah Islam secara keseluruhan, seandainya kita masih berat meninggalkan jahiliyyah kita di belakang, nescaya pasti lebih susah untuk kita meraih redhaNya. Ingatlah, Allah akan menggantikan sesuatu yang jauh lebih baik daripada jahiliyyah yang kita cuba buang itu.

“THE MAN WHO DECIDES TO CHANGE ON THE 12TH HOUR DIED ON THE 11TH "
-Perubahan tidak menunggu manusia. Jangan sampai kita menjadi orang-orang yang terlambat dalam mengejar redha Allah, jangan menunggu-nunggu untuk peluang berubah. Peluang itu kita yang cipta.


Mungkin ini warkah terakhir dari ana selaku murobbi untuk antum, tetapi jangan berhenti dari jalan ini, teruslah melangkah dengan kukuh, bersama bekalan Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Jangan menjadi orang-orang yang hanya menunggu perubahan kebaikan berlaku, instead of that, be the one who make the change!

Ana dengan ini, meminta seribu kemaafan, andai sepanjang kita bersama, akhlak dan iman ana yang compang camping ini, telah menghijab hidayah Allah dari sampai ke hati antum. Maafkan ana andai antum tidak merasai langsung ruh kepada usrah dan tarbiyyah itu sendiri. Islam is perfect. Tarbiyyah itu sifatnya mengubah, jika antum merasakan tidak ada perubahan diri sepanjang usrah dengan ana, mungkin itulah kaffarah dari dosa-dosa ana sendiri. Asif jiddan. Minta maaf sangat-sangat. Astaghfirullahalazhim,Astaghfirullahalazhim,Astaghfirullahalazhim...  
Bagi yang bersama murobbi baru, sayangilah akh itu, kerana dia juga akan membawa antum kepada jalan Allah yang diredhaiNya, inshaallah. Bukakan hati, berlapang dadalah dengan usrah yang baru, sayangi mereka, kerana ukhuwwah adalah tali yang mengikat kita dengan satu aqidah yang sama. Jadilah seperti golongan ansar dan muhajirin. Ana sentiasa doakan kebaikan buat antum. Ingatlah ,walau siapa pun yang membawa usrah kita, semuanya adalah membawa kepada Allah.
Ana harap dapat bersama-sama antum lagi di jalan ini, bukan di dunia sahaja, tetapi sampai syurgaNya nanti. InshaAllah. 
Ana sayang antum semua kerana Allah.




Murobbimu,

~Nazmi Anr~
1000 am

Hanya Kerana UKHWAH


bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
tiada ungkapan yang lebih pantas diungkapkan sebagai tanda syukur kepada Allah.
Dia yang telah mengatur dan merencana segala pentarbiyahan buat diri ini.
mengatur perancangan yang cukup baik, tiada cacat cela.
merencana agenda yang cukup hebat, lengkap dan sempurna.
Sungguh, tiada perancang yang lebih hebat berbanding Dia Yang Maha Kuasa.

baiklah, post kali ini berkisarkan tentang sebuah ekspedisi kehidupan yang telah saya harungi bersama-sama para sahabat yang cintakan tarbiyah dan ilmu dari Ilahi. post ini dihasilkan khas buat para pengunjung laman ini sebagai satu perkongsian khazanah ilmu yang telah saya peroleh.

Keberadaan kita di atas jalan dakwah ini merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah untuk hambaNya yang kerdil ini setelah mengecapi nikmat Iman dan Islam. Cuba perhatikan di sekeliling kita, adakah ikhwah/akhawat kita sekarang merupakan kawan sekolah rendah kita dulu? Adakah juga kenalan sewaktu sekolah menengah dulu?

Kalau diri saya, jawapannya ‘tidak ada’. Kawan seuniversiti, Insya Allah ada, tetapi, thabatkan kita dalam menelusuri bait-bait perjuangan Rasulullah ini? Personally, saya rasa bersyukur diperkenalkan pada jalan dakwah ini kerana saya sedar, jalan ini tidak dapat diperolehi melalui keturunan, status, harta yang bertimbun mahupun ilmu yang banyak.

Gambar hiasan
(As-Sheikh Ismail Haniyyeh, PM Palestin sedang mengimamkan solat hari raya),
gambar ihsan www.amanpalestin.net

Tetapi, ia adalah kurniaan Allah swt kepada hambaNya yang terpilih untuk memikul tanggungjawab ini. Jadi, nikmat ini tidak perlu dipandang rendah atau diperlekehkan. Saya perlu bekerja keras untuk menjaga dan memelihara nikmat yang agung ini agar ia tidak hilang dari kehidupan saya dan keluarga saya.

Saya mengenali jalan dakwah ini semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Alhamdulillah sehingga kini, masih berada dan bersama ikhwah/akhawat dalam perjuangan menegakkan agama Allah ini. Dan harapan saya, agar ianya kekal sehingga kematian menjemput saya nanti. Amin. Dalam tempoh lebih kurang 10 tahun ditarbiyyah dan berdakwah, banyak pengalaman yang ditimba, ilmu yang dipelajari dan tidak lupa juga pelbagai mehnah dan tribulasi telah saya tempuhi, ada kalanya saya Berjaya melawannya dan ada kalanya saya kalah pada cabaran dan emosi dalam menghadapinya.

Namun, bila menyedari hakikat ini, saya rasa tidak sepatutnya saya meninggalkan jalan ini dek kesibukan belajar as a master student & bekerja as Environmental Officer. Kenapa ujian yang datang ketika ini tidak mampu saya tangani? Patutkah saya menggadaikan keringat, masa dan wang ringgit yang telah saya laburkan 10 tahun yang lalu demi cabaran hari ini? Jawapan saya, memang tak patut, dan oleh itu, walau apa pun cabaran dan masalah yang melanda diri, keluarga dan karier, Insya Allah, saya akan terus bersama ikhwah/akhawat dalam perjuangan ini.

Saya tak dapat bayangkan kehidupan saya dan keluarga jika tiada tarbiyyah yang mewarnainya. Rasa ‘plain’ je hidup ini jika tak ada input tarbiyyah. Mesti hanyut dalam ragam manusia hari ini yang berkiblatkan barat dan semakin jauh dari nilai-nilai Islami. Nau’uzubillah.

Dan dengan kesedaran itu saya perlu thabat dan bekerja keras lagi mengajak insan-insan di luar sana untuk bersama-sama di dalam medan dakwah dan tarbiyyah ini. Sebab, dengan jalan inilah,terbukti mampu membawa seseorang untuk mendapatkan keredhaan Allah.Betul, bekerja itu pun merupakan ibadah, mesti diganjari pahala.

Tetapi, setakat mana bekerja itu ibadah sedangkan di dalam hati asyik merungut dan rasa diri bagaikan dipaksa-paksa bila diberi kerja menggunung? Susah bila diri tidak intima’ dengan jemaah. Hati selalu dikotori oleh sikap nafsu yang rakus dan dunia dijadikan tujuan yang utama dalam kehidupan kita. Sebaliknya, bila berada dalam sistem tarbiyyah, wajib hadir usrah sebab di sana, Insya Allah, akan membersihkan hati-hati yang dikotori oleh nafsu dan hubb dunia.


Ukhuwah ?
tak banyak yang ingin saya coretkan.
yang paling utama ialah ;

Seandainya hati-hati bertaut keranaNya, segalanya akan terasa indah, manis dan luar biasa..
walau ujian yang buruk menjelma,
walau dugaan yang pahit menerpa,
walau cabaran yang biasa menimpa.

well, saya selalu terfikir tentang ukhuwah islamiyah ini, walaupun dah berjuta kali saya dengar perkataan itu dan sudah beribu kali diterangkan tentang itu.. namun saya terkadang gagal mengaplikasikan konsep Ukhuwah Islamiyah yang bersifat suci dan murni bak air jernih. kenapa ?


-saya tahu jawapannya. Iman di dada masih belum cukup utuh dan kukuh untuk menimbulkan dan mewujudkan satu roh kasih sayang yang asli dan bersifat original. Kasih yang hadir kerana Allah, dan hanya luntur kerana Allah. atau mungkin takkan luntur.

-maka saya bermuhasabah sendiri, apakah aku bisa MEMANTAPKAN ukhwah? sedangkan diri sendiri masih belum cukup beriman ?
Ya Allah, tetapkanlah imanku. Amiin.


dan ya, saya menjadi semakin kuat kerana kuatnya ukhuwah dan tautan hati bersama seorang sahabat kerana Allah. mudah-mudahan ukhuwah kami mendapat keredhaan dan keberkatannya, dan dirahmati sehingga ke syurga abadi dan hakiki. amiin.



dan ya, saya kian memahami erti ukhuwah dan bersahabat keranaNya gara-gara persahabatan yang sering mengingatkan dan mengajar saya tentang itu. saya gerenti, dengan bersahabat hanya kerana Allah yangg Maha Mencipta lagi Maha Kuasa.. diri takkan terasa lemah kerana ada yang menguatkan sentiasa. diri takkan terasa sendiri kerana ada yang menemani selalu. diri takkan terasa hina kerana ada yang memuji dan merasionalkan diri seperti biasa.

ehm. seandainya saya diberikan masa1 hari untuk berbicara tentangg ukhuwah dan persahabatan, saya tak yakin tempoh itu cukup. kerana apabila berbicara tentang topik ini, banyak perkara yang perlu dan penting untuk dibincangkan. namun, saya tidak punya banyak masa. cukuplah kiranya point utama yang telah saya kongsikan. semoga bermanfaat :)


~Nazmi Anr~
0003 am

Tenanglah Duhai Hati

on Thursday 27 December 2012


Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni (2:30). Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Nazmi Anr
0023 am

Semuanya Itu Kan Hanya Pinjaman?

on Wednesday 26 December 2012
Bismillah. 

Mama pesan pada saya, bahawa kejayaan di dunia ini adalah berdasarkan sejauh mana kita mampu untuk taat pada perintah Allah dan ikut sunnah Rasulullah. 

Kalau saya perhatikan, iya, tidak salah.. malah sememangnya tidak salah.. 

Sandaran kehidupan kita kalau bukan pada Allah dan cara hidup Rasulullah, tidak akan ke mana-mana.

Usia terasa kosong. 

Masa terasa kosong. 

Harta terasa kosong.. 

Semuanya kosong..

Iya. Begitu mukaddimahnya. Diolah sedikit agar mampu memberi fikir pada akal kita bersama. 

Beberapa hari ini hati bertandang rasa kecewa. Sekian lama benar saya cuba sedaya upaya untuk melupakan saja semuanya. Tetapi iya, sebagai insan biasa, rasa itu tetap hadir.

Kecewa.

Sedih. 

Mulanya di tingkatan 4. Berada jauh daripada famili membuatkan saya berasa kosong. Melihat adik2 lain yang juga sama dengan saya, membuat saya nekad, kasih sayang yang saya hilang harus saya beri pada yang juga merasakannya kerana saya tahu akan erti pahit sebuah kehilangan. 

Lalu satu persatu wajah2 itu saya lihat. Lalu saya sentuh hatinya, saya curah perhatian bagaikan adik sendiri. Perlahan-lahan saya berubah menjadi abg yang lebih baik .

Iya, dikira sehingga tahun ini, sudah genap 5 tahun mereka-mereka itu saya tinggalkan. Iya, rindu pada merekalah yang sering bertandang. 

Patah tumbuh, hilang bergantian. 

Saya juga hairan. Ke mana-mana juga saya pergi, pasti ada sahaja adik baru yang saya dapatkan. Ah, bukan kerana koleksi, tetapi mungkin sudah satu kelemahan diri saya, mudah menyayangi orang lain .

Stop. 

Kadangkala rasa kecewa juga. Mungkin kerana belum lagi mampu mendidik hati untuk bersedia menerima hakikat, bahawa Allah lebih tahu yang terbaik untuk saya. 

Mama pesan, semua yang ada di dunia ini Allah punya. Kasih sayang, perhatian, harta, nyawa, usia, masa. Semua milik Allah. 

Dalam keadaan rasa tawar hati yang amat, mendengar ucapan ini, hati menjadi lega dan tenang kembali. 

Segera diluruskan niat dan matlamat utama dahulu kasih sayang itu dicurah. 

Sudah selesai tanggungjawab saya, maka kepada Allah pula saya berikan kembali mereka, kerana Dia lebih hebat dalam menjaga adik2 saya. 

Saya hanya mampu berharap rantaian dakwah dan nasihat yang diberi akan mereka telan dan amalkan di mana-mana jua. 

------------------------------

Iya, sekadar mengambil contoh daripada anekdot kehidupan sendiri. Supaya diri akan lebih beringat, bahawa segalanya di dunia hanya sementara, bukan hanya material sahaja, bahkan manusia dan kasih sayangnya. 

Ada org akan menyayangi kita untuk sementara. 

Ada orang hanya akan rapat dengan kita untuk sementra.

Ada yang akan bertemu kita hanya untuk smentara. 

Ada yang pergi tanpa bicara.

Ada yang sengaja enggan berbicara.

Ada yang enggan kerana darjat.

Ada yang tidak suka kerana fitnah. 

Iya, kehidupan ini serba serbi sementaranya. Hanya jiwa yang percaya pada kesementaraan materi dunia ini, akan mampu redha dan tersenyum, bahawa Allah akan memberikan yang lebih baik pada kemudian masa.

Allah beri pelangi selepas hujan.

Allah beri kasih sayang yang pelbagai. 

Allah beri rasa tenang selepas gusar.

Allah beri senyum selepas tangisan. 

Iya.. semua itu kan hanya pinjaman?

Rumah kita..

Harta kita.. 

Nyawa kita.. 

Masa..

Kasih sayang..

Rakan-rakan..

Keluarga. .

Tiada satu perkara pun yang akan kekal dalam milikan kita. Mahu atau tidak, suatu masa nnti akan perlu dikembalikan juga. 

Iya, mendengar ini hati kembali tenang, terasa bahawa kasih sayang yang diberikan selama ini kepada mereka yang saya kasihi seperti adik-adik sya, tidak perlu saya pinta kembali balasannya, kerana Allah sudah berikan saya gantinya...

Iaitu redha pada kehilangan. Hati ini sudah mampu berdiri kuat untuk tetap menyebarkan kasih sayang tanpa pinta balasan. Kalau pun sesekali bisikan kecewa itu datang, segera saya tepis, yakin bahawa Allah akan menjaga mereka .. pasti!

Allah ganti dengan rasa redha pada kehilangan, diganti dengan kekuatan untuk terus menyayangi tanpa rasa kehilangan. 

Dan yang paling penting, 

Yakin bahawa semua itu kan hanya pinjaman.. 

Wallahualam.~~~~

:~Allah,Please Make Me Strong

on Thursday 20 December 2012


Bismillah..
Assalamu'alaikum wbt kepada tetamu2 yg dikasihi kerana Allah..

Entah kenapa tiba2 rasa terdetik untuk menulis..
Erm, sebenarnya hati tak berapa tenang akhir-akhir ni.
Moga dengan penulisan ni, sedikit sebanyak mengubat hati ni..

Tapi, biasalah..itulah sunnatullah kehidupan..
Ada suka-duka, ada senang-susah, ada berat-ringan..
Dalam Al-quran Allah beritahu, "Kami menguji manusia dengan 2 keadaan, yg baik2 (disukai) & yg buruk (tidak disukai).."

Dan beruntunglah orang yg diuji dengan cubaan, kesusahan, kesedihan..kerana orang yg diuji dengan kesenangan itu lebih parah kondisinya..

Bukan saya yg kata, tapi kekasih Allah (Muhammad SAW) pernah meluahkan rasa khuatirnya..

"Bukanlah pada kefaqiran yg sangat aku khuatirkan terjadi pada kamu, tapi aku sangat khuatir jika (kemewahan, kesenangan) dunia dibentangkan kpd kamu, kemudian kerananya kamu berlumba2 utk meraihnya, seperti pernah terjadi pada orang2 sebelum kamu. Maka, akhirnya kamu binasa seperti mereka binasa kerananya"
[HR Bukhari & Muslim]

Sebab apa? sebab orang yg senang, dilimpahi nikmat bergunung akan mudah lalai. Lalai dengan apa yg ada, lalai dgn tugasnya, lalai bahawa segala nikmat itu adalah ujian untuk dia tempuh dgn berhati2..

Bagaimana pula yg susah, diuji dugaan bertimpa2, lepas satu, satu datang silih berganti? Mereka sering mencari tempat mengadu, memohon harapan & doa, berusaha untuk bangun dari 'kegelapan'..siapa yg lebih beruntung, mereka akan lebih mengingati pemberi dugaan itu & lebih ingat akan tugasnya..

Kedua ini lah yg menguji sejauh mana kita mampu memelihara ruhiyah kita..kekuatan dalaman yg di bina dengan mendekatkan diri padaNya, kebergantungan sepenuhnya padaNya.
Apa yg mahu saya katakan, hidup tak selalu indah. Maka bersedia untuk mengindahkan hari2 yg tidak indah itu dgn kekuatan ruhiyah..Saya yakin dan percaya kekuatan RUHIAH la yang dapat menguatkan kita untuk meneruskan kehidupan kita yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Kita hidup di atas muka bumi ini dengan bergerak.
Sering bergerak..setiap hari ada saja aktiviti dan peristiwa2 yg kita lalui.
Umpamakan manusia ini sebuah kereta. Enjin yg menggerakkannya adalah hati. Dan, enjin itu semestinya memerlukan minyak utk ia bergerak. Betul?
Dan, kekuatan ruhiyah itu adalah minyaknya..

Pembinaan ruhiyah yang memastikan hati sentiasa kuat dikawal untuk terus bergerak, menahan keperitan, keresahan, mahupun kesenangan..supaya ia sentiasa di pertengahan.
Kan Rasulullah cakap kalau hati itu baik, baiklah seluruh anggotanya? Hati itu raja. Mengawal tingkah laku perbuatan mahupun tingkah laku dalaman.

Makanya,
Kalau ada yg tak kena dengan hidup kita,
Apa kata kita cek balik hati ni..
Adakah ia cukup makan?
Allah di mana kita letakkan..
Al-quran sudahkah kita membaca & mengambil iktibar..
Tahajud,qiamullainadakah kita konsisten melakukannya..
Nafsu adakah sudah terdidik dgn kebiasaan puasa..
Lisan adakah sentiasa basah dgn zikrullah, kalimahNya..
Mata ini pernahkah menangis kerana dosa & takut padaNya..
Di mana ikhlas dalam amalan & ibadah kita..
Di mana ukhuwah islamiyah dalam pergaulan kita..
Dan 1001 hal yg berkaitan hati & Dia..
Kerana solusi bagi hati itu adalah DIA..

Pulang padaNya dgn sebenar2nya, insyaAllah, hati akan membaik..
Selepas gembira,bahagia,suka..tiba2, urusan lain pula terganggu..
Sebelum ini, saya ada mendapat beberapa berita gembira..
Entahlah..tapi, pasti ada yg tak kena dengan diri ini..
Allah sedang memanggil & menguji. Itu saya pasti.
Ya Allah..tenangkanlah hati hambaMu melalui detik2 ujianMu..
Ampunkan dosaku ya Allah..
Maafkan daku wahai teman & sahabat..
Andai ada khilaf antara kita..
Moga ia terlerai..
Biar terbuka hijab yg ada..
Mungkin banyak hati2 yg telah saya lukai, sengaja atau tidak..
Mungkin ada kewajiban yg saya terleka..
Itu yg dikhuatirkan..
Ampunkan hambaMu yg sering tak dapat membayangkan rencanaMu yg Maha Sempurna..:(
Ya Rabbul 'Izzati,
Ku mohon dikuatkan menjalani urusan hidup selepas ini..
Biar apapun yg terjadi..
Takkan sekali-kali berputus asa..
Allah sentiasa bersama kita. Yakin. :)
Mohon doa sahabat2/ikhwah2 sekalian, doakan urusan saya berjalan lancar..

~~~~~~~~~

"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"

"Ya Allah,Please Make Me Strong"


~Nazmi ANR~

Pillow Talk

on Tuesday 18 December 2012
Bismillah. 

Tiada jalan keluar daripada derita kusut dunia melainkan dengan mencari jalan kejayaan hakiki. Iaitu dengan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.a.w. 

Moga bait2 kata ini mampu meresap ke hati saya dan anda semua, 

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau ikutkan definisi asalnya, "Pillow Talk" adalah suatu perbuatan antara dua gender berbeza, a.k.a suami isteri yang berborak2 di katil beradu, dan disertai dengan tindak romantis antara mereka. 

Eh, jangan risau, saya bukannya hendak berbicara dengan landasan kata itu. "Gay" suatu ketika dahulu bermaksud "Gembira". Tetapi sekarang mengikut edaran waktu sudah mula bertukar maknanya. 

Eh, pun jgn risau. Saya tidak akan membicarakan soal itu di sini. ^^

Pillow talk skrg sudah dimaknakan sebagai bual bicara dalam, atau daripada hati ke hati tidak kiralah sama ada seorang kawan bersama kawannya atau pun seorang isteri kepada suaminya. Selalunya dilakukan pada waktu sebelum mata dipejam, dan pada waktu inilah, luahan hati dibuka seluas-luasnya. 

Siapa kata dalam perbualan harus mata bertentangan? 

Saya teringat sesi "Pillow Talk" dengan rakan-rakan. Ah, siapa sangka dengan wajah yang penuh 'macho' itu, ada beban rasa yang ditanggung dalam benak jiwanya. 

Ya, seorang lelaki juga perlu bicara hati ke hati. Bukan wanita sahaja. 

Bagi saya, rasa keterbukaan pada seseorang untuk meluahkan rasa gundah, resah, sedih, dan rahsia pada ketika inilah yang akan membuka jalan untuk bertambah eratnya lagi hubungan silaturrahim. Bukanlah satu cara muktamad, tetapi salah satu cara yang bagi saya cukup berkesan. 

pada ketika inilah masing-masing akan berbicara panjang tentang kehidupan dari mata masing-masing. Berkenaan masa hadapan, masa lampau, bahkan kadangkala sehingga menitik air mata. 

Cuma bagi lelaki, tidak seperti wanita. 

Bagi lelaki, masalah yang dihadapi akan diusahakan untuk ditanggung sendiri sehingga bertemu jalan mati. Then, barulah rasa keterbukaan untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati itu akan datang lalu mereka akan mencari jalan keluar, dengan berbicara kepada org yang mereka percayai. 

 Baring, lalu masing2 memandang siling.

Kalau tidak pun sekurang-kurangnya melihat kipas yang berpusing. 

Selalunya akan dimulakan dengan keluhan, atau mungkin bergurau dengan menyelitkan maksud di balik bicara. 

Kalau saya, saya akan terus bertanya "Ada masalahkah?" kerana saya tahu, lelaki ini egonya tinggi. Sukar untuk mereka meluahkan masalah kerana itu dianggap menunjukkan lemahnya mereka. 

Maka biasanya, saya akan mulakan dengan masalah saya. Lalu perlahan-lahan tanpa sedar dalam perbualan itu akhirnya saya yang menjadi sandaran pendapat. Saya suka, kerana analisa masalah itu menjadikan saya mampu melihat keadaan dunia daripada mata orang lain. 

Jadi simpulnya, saya tahu entri kali ini tidaklah seberapa rancak. Saya sekadar mahu berkongsi pendapat saya. 

Saya suka pillow talk! hehe.

"Saya" Yang Mahu Kahwin

on Saturday 15 December 2012

Siapa tak nak kawin?rasanya semua org nak berkahwin,kan?Cuma tujuannya saja yg berbeza-beza.Ada org berkahwin kerana harta,ada pula yg berkahwin kerana mahu mengelak zina,tapi ada juga org yg berkahwin kerana mahu mengikut sunnah Rasulallah s.a.w

Saya pun selalu bergurau dgn kwn-kwn lelaki saya,siapa antara kami yg akn mula-mula sekali kahwin.InsyaAllah bukan saya.Fitrah manusia akan sunyi jika hidupnya sebatang kara.Manusia memerlukan teman,memerlukan pasangan.

Dan bagi saya,saya memahami bahawa perkahwinan itu adalah separuh drpd urusan agama saya.Bersesuaian dgn Sabdaan Rasulallah bahawa dgn berkahwin,sebahagian drpd urusan agama saya telah selesai,maka dgn itu saya wajib utk bertaqwa utk mendapatkan sebahagian yg masih tinggal-riwayat al-Baihaqi.

Memilih pasangan hidup,bukan semudah memilih pakaian di pasaraya.Setiap aspek kehidupan harus diteliti.Ramai org memandang bahawa perkahwinan itu adalah utk mencegah zina.Ya benar.Dgn berkahwin,zina dpt dielakkan.Tapi,pekahwinan adalah lebih drpd itu.Jika ada org yg merasakan susah utk mengelakkan zina,maka dia harus sedar bahawa tanggungjwb sesudah perkahwinan adalah lebih besar dan payah.Perkahwinan adalah tanggungjawab dan hanya org yg bersedia sahaja layak memikul tanggungjawab ini.

Saya tak memandang diri saya sebagai masih muda walaupun saya dah berusia 24 tahun kerana saya sedar bahawa utk memikul tanggungjwb yg sebesar itu,saya perlu benar-benar bersedia.Jika kita merasakan bahawa persediaan sblm kahwin hanyalah beberapa bulan sebelum akad nikah,maka kita telah silap.Sebaliknya utk memikul tanggungjwb sbgai suami atau isteri,persediaannya bermula selepas sahaja baligh.

Saya bukan seperti seorang  mahasiswa yg saya pernah jumpa.Sengaja saya mahu mengusik dia dgn soalan,’ Anta bila nak kahwin?,Lalu dijawabnya,’Tggu ana dapat tahajjud hari-hari tanpa bantuan alarm’.Mantap sekali jwpn dia dan benar-benar memberi kesan kpd saya.

Rasulullah pernah bersabda bahawa ada 3 perkara yg kita perlu segerakan. ’Pertamanya ialah berbuka jika sudah masuk waktunya.Keduanya ialah menguruskan jenazah dan yg ketiga ialah berkahwin jika sudah tiba masanya’. 

Dan dlm hadis yg lain Rasulallah berkata,’ Jika kamu tak mampu utk berkahwin lagi,maka berpuasalah’ 

Kaitan dua hadis ini ialah,utk berkahwin setiap pasangan memerlukankemampuan dan kesediaan.Dan kesediaan yg paling utama ialah ilmu.Ya,ilmu lah yg paling utama.Ilmu sentiasa mengatasi yg lain dalam banyak hal.Adakah kita mengira bahawa utk mencari ilmu,cukup sekadar dgn kursus perkahwinan selama 2 hari?

Tidak!sama sekali tidak.Sebenarnya kewajipan menuntut ilmu agama itu telah disandang oleh kita sejak kita baligh lagi.Keluarga bahagia bukanlah keluarga yg kaya,tapi keluarga bahagia itu ialah keluarga yg diberkati.Bagaimana mahu rumah tangga diberkati jika dalam perkahwinan,Allah melaknat kita?

Bagaimana utk tahu adakah kita dilaknat jika bukan dengan ilmu?

Saya pernah YM dgn seorang sahabat.

Dia: akh,betul ke bersanding tu haram?
Saya: Ya.betul
Dia : Alaaa…once in a lifetime kan..
Saya: Pasti ke hanya once? :)
Dia : er……..

Saya tak salahkan dia.Sebaliknya saya kagum dgn dia kerana dia selalu bertanya.Bagus.Saya sgt yakin,bahawa ramai dalam kalangan kita yg mengimpikan perkahwinan yg sekali,tak bercerai-berai sampai lah mati.

Tapi saya tidak.Saya mahukan berkahwin dua kali.Sekali di dunia,sekali lagi di syurga.Pasangan suami isteri yg layak ke syurga,kedua-dua mereka akan dikahwinkan sekali lagi oleh Allah.Subhanallah.Biarlah jika di dunia,banyak benda kita tak boleh buat,asalkan mati nanti kita ke syurga.kan?

Sebaliknya,jikalau suami isteri kedua-dua ke neraka,walaupun kat dunia mereka pasangan paling romantis,di neraka mereka akan saling membenci.Yakinlah…mereka akan saling menyalahkan sambil badan diratah api neraka jahannam.Binasalah diri,jika hati tak memahami erti tanggungjawab.

“segerakanlah berkahwin,bila dah sampai masanya”

Bila ‘sampai masanya’ itu?Sampai masanya ialah bilamana kita sudah bersedia utk memikul tanggungjwb.Kesediaan individu itu berbeza.Ada yg masa tgh belajar pun dia mampu.Jika rasa ilmu di dada dah mantap,tafaddhol.Silakan..Sama juga halnya dengan cinta.Jika rasa dlm tempoh terdekat kita tak memungkinkan kita utk berkahwin,tolonglah jgn bercinta.Cinta yg jauh drpd perkahwinan hanya akan membuka ruang zina.
(GAMBAR HIASAN-saya penah terbaca di blog seseorang,beliau jeles tengok gambar ni.haha)

Kesimpulan 
Saya hanya mahu menyampaikan mesej bahawa persiapan perkahwinan drpd sudut spiritual adalah lebih utama.Persiapan ini harus bermula selepas sahaja baligh dan dimulakan dgn menuntut ilmu yg cukup.Bertemanlah,dan bercinta lah dgn Allah dahulu sebelum kita layak bercinta dgn manusia.jadilah imam kpd nafsu kita sendiri,sblm kita layak menjadi imam kpd anak dan isteri.Wallahua’lam.


~nazmi anr~

Mengukir Sabar Pada Ketulan Batu.

on Wednesday 12 December 2012
Bismillah. 

Tiada kejayaan hakiki melainkan dengan mengikuti cara yang Nabi SAW sudah tunjukkan dan ajarkan. 

Bait mukaddimah yang saya sendiri harus hayati. 

Seperti biasa, apabila jari jemari ini sudah mula dihasut rasa daripada hati, pasti ada suara yang ingin dibicarakan segera, kalau tidak mungkin sekurang-kurangnya ada rusuh hati yang harus diluah. 

Beberapa hari lepas terasa semangat jatuh sebentar. 

Mengapa? 

Si dia di sana sedang tabah mempertahankan saya dalam keadaan org lain mencemuh dan mengata. Saya sedih bukan kerana saya yang dikata, tetapi kerana dia yang menanggung rasa mempertahankan maruah saya. 

"Kenapa dia?"
"Kenapa tidak tunggu orang lain?"
"Kenapa jauh sangat jarak nikah dan walimah?"

Ahh.. benar saya tidak menyangkal. Kalau ikutkan sememangnya dia lebih berhak untuk menolak dan menunggu orang lain. Lihat saja, ketika sedang sibuk membuat persiapan, ada saja mulut2 yang berdengki mengata yang tidak-tidak. Kalau bukan kerana bersabar, saya serang satu persatu lidah2 lancang itu. 

Tanpa sedar, air mata mengalir. 

Huh, mungkin pelik bagi saya. Sedangkan saya sendiri berasa perkara itu tidak normal. Setiap kali kemarahan saya memuncak, saya bukan mengamuk, tetapi menangis. Tetapi kemudian dari tangisan itu rasa amuk dan serabut malah kecamuk rasa segera hilang. 

Nasiblah saya bersabar.. Saya bersyukur Allah masih kurniakan rasa sabar ini. Masih lagi mampu mengingatkan diri bahawa Nabi sendiri lagi dahsyat dicemuh.. maka saya pendam, dan mengalir rasa amarah itu sebagai tangisan. 

Sabar. 

Betapa saya perlu kesabaran itu sehingga menuju tarikh yang telah dipersetujui. Saya tahu dugaan berat akan sentiasa datang menyinggah pada waktu2 begini. Semakin dekat dengan waktunya, maka semakin dahsyatlah pula dugaanya. 

Saya hairan. Kalau pasangan yang BERTUNANG sehingga 2-3 tahun tiada siapa mempersoal. Mereka ke hulu ke hilir bagaikan pasangan sudah berkahwin semua org bagaikan lidahnya terkunci. Tiada siapa pula yang mempersoal atau mengata, atau sekurang-kurangnya mendekati pasangan itu lalu memberi nasihat. 

Tetapi bagi yang menjadikan langkah 'tunang' itu sebagai NIKAH, ramai mempersoal itu dan ini, sedangkan hakikatnya, pada pihak keluarga yang akan menjalin hubungan, tiada pula masalah atau mempersoal itu dan ini. Saya hargai concern anda, tetapi limitasi tetap perlu dijaga.

Ah, kiranya fikiran mereka masih lagi keanak-anakan. Masih belum capai ke tahap pemikiran dewasa. Itulah juga akibatnya kalau fikiran sekular dan moden mendahului kehendak agama. Teruskanlah dengan pemikiran 'lucu' kalian. Saya akan tetap mengukir kisah cinta saya sendiri, jauh daripada definisi kalian. 

Ah.. betapa saya perlu kesabaran yang terukir pada permukaan batu. Kesabaran yang ada sekarang ini bagaikan yang dilukis di atas pasir, datang bertiup angin dugaan, maka kesabaran itu hilang bersama angin. Perlunya saya untuk mengukir dan memahat sekuat-kuatnya rasa sabar itu pada permukaan batu, biarkan ukiran itu kekal di situ. 

Misi kami berbeza dengan mereka. Objektif yang kami bawa tidak sama seperti pandangan mereka. Saya hanya mampu berharap biarlah dugaan dan air mata yang mengalir sebelum ini menjadi satu titik tolak permulaan habuan bahagia kelak. 

Saya akui saya bukan insan super, tetapi sedang berusaha mendaki ke arah itu. Walaupun jaraknya begitu jauh dan kelajuan saya seakan-akan begitu perlahan, tetapi langkah saya ada, dan saya tidak perlu beritahu kalian semua itu secara terperinci. 

Sejak kecik frasa "Sabar separuh daripada iman" menjadi lagu dan bait-bait kata yang menghiasi usia saya. Ramai yang membicarakannya tetapi tidak menghayatinya. Biarlah.. biarlah mereka bagai si luncai dengan labu-labunya.. 

------------------------------

Memang ditempelak lagi dan lagi.....

Permulaan Baharu.

on Thursday 6 December 2012
Bismillah.

Tiada kejayaan yang sebenar melainkan dengan mengamalkan kehidupan dengan cara yang benar, iaitu dengan cara yang telah diajarkan oleh junjungan nabi Muhammad SAW.

Mukaddimah. Seperti kebiasaannya. 

Setiap permulaan ada penghujungnya. Setiap pneghujung pula adalah permulaan kepada sesuatu yang baharu yang lain. Itu kitaran kehidupan.

Setelah berkali-kali kena spam di blog lama saya, akhirnya membuat keputusan untuk membuka satu lembaran blog baharu. Tetapi kali ini tidak bersediri, tetapi berdua.

Maka insyaAllah, pengisiannya akan datang daripada dua akal berbeza, dua hati berbeza, dan dua pandangan yang berbeza. Cuma satu perkara yang jelas, kami bermatlamat yang sama, ingin berkongsi apa adanya yang insyaAllah akan memberi manfaat dan kebaikan, kalau tidak banyak, sedikit pun sudah cukup menggembirakan.

-------------------------

Permulaan.

Tiap2 yang bermula akan menuju titik akhirnya. Tiap titik akhir pula akan dimulakan dengan satu titik pemula. Kitaran hidup akan berterusan sebegitu, dan akan terus begitu sehingga tiba waktunya alam ini dihancurkan, ketika kita akan bertemu dengan sebenar-benar pengakhiran.

Suka untuk saya petik kata Ustaz Pahrol, bahawa kita bertemu untuk berpisah, dan berpisah pula untuk bertemu. Samalah jua keadaannya dengan permulaan dan penghujung. Kita mengakhiri sesuatu untuk memulakan sesuatu, dan kita mulakan sesuatu nnti, mahu tidak mahu akan bertemu dengan titik akhirnya juga nanti.

Maka harus sentiasa beringat bahawa kehidupan ini juga begitu. Perkahwinan adalah permulaan kepada kelahiran, dan kelahiran sudah pasti akan bertemu kematian.

Itu sunnatullah. Tiada yang mampu mengubahnya!

Maka beringatlah selalu. Bahawa tiap yang kita mulakan harus bertemu penghujung, maka baikilah permulaan agar penghujungnya nnti indah2 sahaja..

Kan?

Wallahualam...