Indahnya Saat Berbulatan CINTA

on Saturday, 29 December 2012

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah ikhwah-ikhwah yang ana kasihi sekalian,

Ana menulis warkah ini buat mengingat kembali usrah kita yang terakhir. Allah menentukan ana dapat menemani antum semua sehingga perjalanan hari ini. Alhamdulillah, dengan rasa berat hati dan perasaan masih lagi x bersedia, ana melepaskan antum kepada murobbi baru untuk menemani langkah-langkah kecil antum kepada Allah dan syurgaNya.





Ikhwah fillah,

Masih ingatkah antum  saat pertama kali disentuh tarbiyyah? Saat pertama kali mengenal Allah? Saat pertama kali kita dipertemukan didalam satu usrah? Rumah akh Anizan menjadi saksi pertemuan pertama kita dalam berbulatan cinta demi meraih keredhaan Illahi dalam setiap saat kehidupan kitaBagaimana agaknya saat-saat itu ya? Ana rasa antum lebih mengetahui , pahit, manis, sedih, ketawa, hati kita saling merasainya bersama-sama dijalan ini.

Ikhwah fillah,

Bermula dengan membuka mata mengenali tujuan hidup kita, sebagai Khalifah(2:30) dan ‘abidNya (51:56), adakah tarbiyyah ini telah betul-betul berkesan di hati dan mengubah diri kita? Cuba renungkan kembali setelah kita berusrah selama beberapa tahun, apa yang telah tarbiyyah ini membawa kesan kepada diri antum? Ana tidak punya jawapan untuk itu, cuma antum sahaja tahu.

Ana menulis ini dengan suatu harapan yang sangat besar buat antum, islam yang kita pegang hari ini dengan tarbiyyah yang kita perolehi hari ini, adalah nikmat yang sangat besar tak terhingga, antum  adalah rijjal-rijjal yang Allah pilih, untuk memahami Ad-deen ini, untuk mengubah dunia ini. Tidak kah antum  merasainya?

Umat kita sedang sakit, saudara kita di luar sana sedang mencari-cari. Janganlah leka dengan dunia, kerana dunia ini tidak akan menjanjikan apa-apa untuk kita. Bangunlah, buka mata, buka hati, serahkan diri kita sepenuhnya untuk Islam. Masuklah Islam secara keseluruhan, seandainya kita masih berat meninggalkan jahiliyyah kita di belakang, nescaya pasti lebih susah untuk kita meraih redhaNya. Ingatlah, Allah akan menggantikan sesuatu yang jauh lebih baik daripada jahiliyyah yang kita cuba buang itu.

“THE MAN WHO DECIDES TO CHANGE ON THE 12TH HOUR DIED ON THE 11TH "
-Perubahan tidak menunggu manusia. Jangan sampai kita menjadi orang-orang yang terlambat dalam mengejar redha Allah, jangan menunggu-nunggu untuk peluang berubah. Peluang itu kita yang cipta.


Mungkin ini warkah terakhir dari ana selaku murobbi untuk antum, tetapi jangan berhenti dari jalan ini, teruslah melangkah dengan kukuh, bersama bekalan Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Jangan menjadi orang-orang yang hanya menunggu perubahan kebaikan berlaku, instead of that, be the one who make the change!

Ana dengan ini, meminta seribu kemaafan, andai sepanjang kita bersama, akhlak dan iman ana yang compang camping ini, telah menghijab hidayah Allah dari sampai ke hati antum. Maafkan ana andai antum tidak merasai langsung ruh kepada usrah dan tarbiyyah itu sendiri. Islam is perfect. Tarbiyyah itu sifatnya mengubah, jika antum merasakan tidak ada perubahan diri sepanjang usrah dengan ana, mungkin itulah kaffarah dari dosa-dosa ana sendiri. Asif jiddan. Minta maaf sangat-sangat. Astaghfirullahalazhim,Astaghfirullahalazhim,Astaghfirullahalazhim...  
Bagi yang bersama murobbi baru, sayangilah akh itu, kerana dia juga akan membawa antum kepada jalan Allah yang diredhaiNya, inshaallah. Bukakan hati, berlapang dadalah dengan usrah yang baru, sayangi mereka, kerana ukhuwwah adalah tali yang mengikat kita dengan satu aqidah yang sama. Jadilah seperti golongan ansar dan muhajirin. Ana sentiasa doakan kebaikan buat antum. Ingatlah ,walau siapa pun yang membawa usrah kita, semuanya adalah membawa kepada Allah.
Ana harap dapat bersama-sama antum lagi di jalan ini, bukan di dunia sahaja, tetapi sampai syurgaNya nanti. InshaAllah. 
Ana sayang antum semua kerana Allah.




Murobbimu,

~Nazmi Anr~
1000 am

0 comments:

Post a Comment