Mengukir Sabar Pada Ketulan Batu.

on Wednesday, 12 December 2012
Bismillah. 

Tiada kejayaan hakiki melainkan dengan mengikuti cara yang Nabi SAW sudah tunjukkan dan ajarkan. 

Bait mukaddimah yang saya sendiri harus hayati. 

Seperti biasa, apabila jari jemari ini sudah mula dihasut rasa daripada hati, pasti ada suara yang ingin dibicarakan segera, kalau tidak mungkin sekurang-kurangnya ada rusuh hati yang harus diluah. 

Beberapa hari lepas terasa semangat jatuh sebentar. 

Mengapa? 

Si dia di sana sedang tabah mempertahankan saya dalam keadaan org lain mencemuh dan mengata. Saya sedih bukan kerana saya yang dikata, tetapi kerana dia yang menanggung rasa mempertahankan maruah saya. 

"Kenapa dia?"
"Kenapa tidak tunggu orang lain?"
"Kenapa jauh sangat jarak nikah dan walimah?"

Ahh.. benar saya tidak menyangkal. Kalau ikutkan sememangnya dia lebih berhak untuk menolak dan menunggu orang lain. Lihat saja, ketika sedang sibuk membuat persiapan, ada saja mulut2 yang berdengki mengata yang tidak-tidak. Kalau bukan kerana bersabar, saya serang satu persatu lidah2 lancang itu. 

Tanpa sedar, air mata mengalir. 

Huh, mungkin pelik bagi saya. Sedangkan saya sendiri berasa perkara itu tidak normal. Setiap kali kemarahan saya memuncak, saya bukan mengamuk, tetapi menangis. Tetapi kemudian dari tangisan itu rasa amuk dan serabut malah kecamuk rasa segera hilang. 

Nasiblah saya bersabar.. Saya bersyukur Allah masih kurniakan rasa sabar ini. Masih lagi mampu mengingatkan diri bahawa Nabi sendiri lagi dahsyat dicemuh.. maka saya pendam, dan mengalir rasa amarah itu sebagai tangisan. 

Sabar. 

Betapa saya perlu kesabaran itu sehingga menuju tarikh yang telah dipersetujui. Saya tahu dugaan berat akan sentiasa datang menyinggah pada waktu2 begini. Semakin dekat dengan waktunya, maka semakin dahsyatlah pula dugaanya. 

Saya hairan. Kalau pasangan yang BERTUNANG sehingga 2-3 tahun tiada siapa mempersoal. Mereka ke hulu ke hilir bagaikan pasangan sudah berkahwin semua org bagaikan lidahnya terkunci. Tiada siapa pula yang mempersoal atau mengata, atau sekurang-kurangnya mendekati pasangan itu lalu memberi nasihat. 

Tetapi bagi yang menjadikan langkah 'tunang' itu sebagai NIKAH, ramai mempersoal itu dan ini, sedangkan hakikatnya, pada pihak keluarga yang akan menjalin hubungan, tiada pula masalah atau mempersoal itu dan ini. Saya hargai concern anda, tetapi limitasi tetap perlu dijaga.

Ah, kiranya fikiran mereka masih lagi keanak-anakan. Masih belum capai ke tahap pemikiran dewasa. Itulah juga akibatnya kalau fikiran sekular dan moden mendahului kehendak agama. Teruskanlah dengan pemikiran 'lucu' kalian. Saya akan tetap mengukir kisah cinta saya sendiri, jauh daripada definisi kalian. 

Ah.. betapa saya perlu kesabaran yang terukir pada permukaan batu. Kesabaran yang ada sekarang ini bagaikan yang dilukis di atas pasir, datang bertiup angin dugaan, maka kesabaran itu hilang bersama angin. Perlunya saya untuk mengukir dan memahat sekuat-kuatnya rasa sabar itu pada permukaan batu, biarkan ukiran itu kekal di situ. 

Misi kami berbeza dengan mereka. Objektif yang kami bawa tidak sama seperti pandangan mereka. Saya hanya mampu berharap biarlah dugaan dan air mata yang mengalir sebelum ini menjadi satu titik tolak permulaan habuan bahagia kelak. 

Saya akui saya bukan insan super, tetapi sedang berusaha mendaki ke arah itu. Walaupun jaraknya begitu jauh dan kelajuan saya seakan-akan begitu perlahan, tetapi langkah saya ada, dan saya tidak perlu beritahu kalian semua itu secara terperinci. 

Sejak kecik frasa "Sabar separuh daripada iman" menjadi lagu dan bait-bait kata yang menghiasi usia saya. Ramai yang membicarakannya tetapi tidak menghayatinya. Biarlah.. biarlah mereka bagai si luncai dengan labu-labunya.. 

------------------------------

Memang ditempelak lagi dan lagi.....

0 comments:

Post a Comment