Pillow Talk

on Tuesday, 18 December 2012
Bismillah. 

Tiada jalan keluar daripada derita kusut dunia melainkan dengan mencari jalan kejayaan hakiki. Iaitu dengan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.a.w. 

Moga bait2 kata ini mampu meresap ke hati saya dan anda semua, 

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau ikutkan definisi asalnya, "Pillow Talk" adalah suatu perbuatan antara dua gender berbeza, a.k.a suami isteri yang berborak2 di katil beradu, dan disertai dengan tindak romantis antara mereka. 

Eh, jangan risau, saya bukannya hendak berbicara dengan landasan kata itu. "Gay" suatu ketika dahulu bermaksud "Gembira". Tetapi sekarang mengikut edaran waktu sudah mula bertukar maknanya. 

Eh, pun jgn risau. Saya tidak akan membicarakan soal itu di sini. ^^

Pillow talk skrg sudah dimaknakan sebagai bual bicara dalam, atau daripada hati ke hati tidak kiralah sama ada seorang kawan bersama kawannya atau pun seorang isteri kepada suaminya. Selalunya dilakukan pada waktu sebelum mata dipejam, dan pada waktu inilah, luahan hati dibuka seluas-luasnya. 

Siapa kata dalam perbualan harus mata bertentangan? 

Saya teringat sesi "Pillow Talk" dengan rakan-rakan. Ah, siapa sangka dengan wajah yang penuh 'macho' itu, ada beban rasa yang ditanggung dalam benak jiwanya. 

Ya, seorang lelaki juga perlu bicara hati ke hati. Bukan wanita sahaja. 

Bagi saya, rasa keterbukaan pada seseorang untuk meluahkan rasa gundah, resah, sedih, dan rahsia pada ketika inilah yang akan membuka jalan untuk bertambah eratnya lagi hubungan silaturrahim. Bukanlah satu cara muktamad, tetapi salah satu cara yang bagi saya cukup berkesan. 

pada ketika inilah masing-masing akan berbicara panjang tentang kehidupan dari mata masing-masing. Berkenaan masa hadapan, masa lampau, bahkan kadangkala sehingga menitik air mata. 

Cuma bagi lelaki, tidak seperti wanita. 

Bagi lelaki, masalah yang dihadapi akan diusahakan untuk ditanggung sendiri sehingga bertemu jalan mati. Then, barulah rasa keterbukaan untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati itu akan datang lalu mereka akan mencari jalan keluar, dengan berbicara kepada org yang mereka percayai. 

 Baring, lalu masing2 memandang siling.

Kalau tidak pun sekurang-kurangnya melihat kipas yang berpusing. 

Selalunya akan dimulakan dengan keluhan, atau mungkin bergurau dengan menyelitkan maksud di balik bicara. 

Kalau saya, saya akan terus bertanya "Ada masalahkah?" kerana saya tahu, lelaki ini egonya tinggi. Sukar untuk mereka meluahkan masalah kerana itu dianggap menunjukkan lemahnya mereka. 

Maka biasanya, saya akan mulakan dengan masalah saya. Lalu perlahan-lahan tanpa sedar dalam perbualan itu akhirnya saya yang menjadi sandaran pendapat. Saya suka, kerana analisa masalah itu menjadikan saya mampu melihat keadaan dunia daripada mata orang lain. 

Jadi simpulnya, saya tahu entri kali ini tidaklah seberapa rancak. Saya sekadar mahu berkongsi pendapat saya. 

Saya suka pillow talk! hehe.

0 comments:

Post a Comment