Permulaan Baharu.

on Thursday, 6 December 2012
Bismillah.

Tiada kejayaan yang sebenar melainkan dengan mengamalkan kehidupan dengan cara yang benar, iaitu dengan cara yang telah diajarkan oleh junjungan nabi Muhammad SAW.

Mukaddimah. Seperti kebiasaannya. 

Setiap permulaan ada penghujungnya. Setiap pneghujung pula adalah permulaan kepada sesuatu yang baharu yang lain. Itu kitaran kehidupan.

Setelah berkali-kali kena spam di blog lama saya, akhirnya membuat keputusan untuk membuka satu lembaran blog baharu. Tetapi kali ini tidak bersediri, tetapi berdua.

Maka insyaAllah, pengisiannya akan datang daripada dua akal berbeza, dua hati berbeza, dan dua pandangan yang berbeza. Cuma satu perkara yang jelas, kami bermatlamat yang sama, ingin berkongsi apa adanya yang insyaAllah akan memberi manfaat dan kebaikan, kalau tidak banyak, sedikit pun sudah cukup menggembirakan.

-------------------------

Permulaan.

Tiap2 yang bermula akan menuju titik akhirnya. Tiap titik akhir pula akan dimulakan dengan satu titik pemula. Kitaran hidup akan berterusan sebegitu, dan akan terus begitu sehingga tiba waktunya alam ini dihancurkan, ketika kita akan bertemu dengan sebenar-benar pengakhiran.

Suka untuk saya petik kata Ustaz Pahrol, bahawa kita bertemu untuk berpisah, dan berpisah pula untuk bertemu. Samalah jua keadaannya dengan permulaan dan penghujung. Kita mengakhiri sesuatu untuk memulakan sesuatu, dan kita mulakan sesuatu nnti, mahu tidak mahu akan bertemu dengan titik akhirnya juga nanti.

Maka harus sentiasa beringat bahawa kehidupan ini juga begitu. Perkahwinan adalah permulaan kepada kelahiran, dan kelahiran sudah pasti akan bertemu kematian.

Itu sunnatullah. Tiada yang mampu mengubahnya!

Maka beringatlah selalu. Bahawa tiap yang kita mulakan harus bertemu penghujung, maka baikilah permulaan agar penghujungnya nnti indah2 sahaja..

Kan?

Wallahualam... 


0 comments:

Post a Comment