Drama Hidup: Sama ada Matang atau Kecundang.

on Tuesday 30 December 2014

Bismillah.

Sekian lama aku tak rasa damai begini. Setengah jam yg aku luang di ruang rumah Allah buat hati jadi tenteram. Kaki kebas sedikit but thats beside the point.

Dah larut malam sejak aku terjaga. Risau juga kualiti solat subuh minggu ni.. Ada beberapa hari yg agak terjejas waktunya. Takpa, nanti dibaiki perlahan-lahan.

Jiwa sekarang tiada di sini. Jauh merantau merentas Laut Cina Selatan nun ke Sabah sana, specifically; Tawau. Terlalu banyak hal yang perlukan kehadiran aku di sana, dan skrg, aku asyik rasa dipanggil-dipanggil.

Its been 3 months since the incident. Hilang semuanya. Hangus dijilat api. Saban waktu aku menjenguk memori tu, aku menangis sendiri. Bukan apa, aku sebak bayangkan wajah mak aku. Aku masih ingat sampai skrg waktu aku tiba di Tawau dulu pada pagi selepas kejadian. Aku masih ingt macam mana mak aku peluk aku.

Keadaan banjir sekarang, dan keperluan mereka sgt menyentuh. Sebab aku faham keadaan tu. Aku saksikan keadaan tu. Sama waktunya pada waktu lebih dpd 70 buah keluarga kehilangan tempat berteduh serta-merta, hanya bergantung harap pada simpati org lain utk menghulurkan bantuan.

Iya, kebakaran yg berlaku itu adalah antara bencada duga yg paling besar untuk kami sekeluarga.

Kalau dulu aku bayangkan keadaan2 rumit yg berlaku dalam drama tv xkan sempat singgah dalam episod hidup.

I couldnt be more wrong.

Malah drama2 dalam kitaran hidup aku terasa lebih rumit. Sebelum insiden kebakaran itu berlaku pun, ada dugaan berat datang menjenguk kami di teratak tua itu dulu.

Dan pada ketika itu, aku teringat ada seorang junior tu describe family aku sebagai "perfect dan terbaik" pada waktu aku minta dia teka background family aku.

He and they couldnt be more wrong.

Disebabkan since I was just a little boy mmg drama hidup ni bagaikan rencah biasa untuk aku, maka I swear that Im gonna live some other way. Im gonna turn my life around dan aku takkan biar people to decide who I'll be in the future.

Atas drama hidup yg terlalu banyak tulah, aku somehow terlalu cepat injak matang dalam pemikiran. And along the way, I got people to support and help me.

When we do good, we somehow will meet good people to do more good deeds.

Aku selalu cakap macam tu kat diri. Walaupun sebenarnya, to tap into the dark/bad side of life kadang2 terlalu tempting.. U know, no laws.. Carefree... Xpayah fikir pasal consequences.

But then, sampai bila?

Life kena ada purpose. Kalau xmampu nak define tujuan hidup, org tu akan dpt rasa apa itu yang dipanggil 'sia-sia'.

Once dah jmpa purpose tu, susah sebenarnya nak rasa ada masa lapang or nak rasa masa muda masih panjang. You'll start to think that usia muda inilah nak blajar banyak benda and grab as much experiences as you can to become a better person.

Drama dalam hidup aku selama me taught me many things. From trusts to sibling rivalry, as well as love and heartbreaks, together with manuals on handling such cases. Alhamdulillah, yakin kita pada 'selepas hujan datangnya pelangi', bahaw tiap berlaku ada hikmah dan kebaikannya, helps utk kuatkan kaki nak bangun balik selepas trsungkur jatuh.
Mmg ada masa kena jatuh jugak supaya boleh berdiri lebih teguh.

So drama hidup kamu macam mana? Harapnya penuh indah dan pengajaran. =).

Taufik.
Batu Rakit
30/12/14
03:46am

Puisi: Hati Itu yang Kusentuh

on Sunday 28 December 2014

Menginjak langkah memori semalam
Ada cebisannya yang kurindui
Saat hati itu kusentuh
Lalu tekad utk disayangi umpama bahagian hidupku

Saat hati itu kusentuh
Dari sedihnya kuukir senyum
Hingga tangisnya menjadi suramku
Saat tawanya menjadi bahagiaku

Pada saat tersulam hati ke hati itu
Fitnah duga aku tolak ke tepi
Aku sisir badai kecam
Bagai memberi amaran
Suatu masa hati itu akan penuh
Ada masa
Ia x perlu lagi sentuhanku.

Saat hatinya kusentuh
Kutanam cintanya pada damai berTuhan
Kuisi sunyinya dengan nasihat pedoman
Ada kala gusar
Sandarannya nnti pada hadirku
Bukan nasihatku
Dan suatu masa
Dunia ini akan mula merobek damai hatinya
Dan mula mengisi lalai
Hingga ia berasa
Sentuhanku sudah tiada perlu

Satu persatu hati itu kusentuh
Sampai waktu
Aku berundur
Hati itu tidak lagi perlu sentuhanku
Diusirnya jauh

Hati itu yg pernah kusentuh
Dalam dakap tirai malam semalam
Kutinggalkan semua
Jadi sekadar rindu
Biarlah hati itu membawa hala tujunya
Aku hanya mengintai dari jauh
Walau sesekali
Hatiku pula berparut luka
Dari ruang yg ditinggalkan hati yg pernah kusentuh

Mungkin
Suatu masa ada hati lagi
Yg perlu kusentuh lagi
Cuma utk kala ini,
Ckuplah sekadar ada,
Cukuplah luka

Cukuplah sudah hati untuk kusentuh.

Taufik
16:12
29/12/2014

Dari Hati Untuk Hati.

on Saturday 15 November 2014
Bismillah. 

Ada hal dalam dunia ini memang dalam jangkauan kawalan kita. Ada pula sebahagiannya lagi bukan dalam kuasa dan kudrat kita untuk mengubahnya. 

Iya, itu hakikat kita sebagai hamba. 

Dan kerana limitasi inilah, kita sesekali terasa 'hopeless' dalam kembara kehidupan fatamorgana.

Ada waktu terasa terlalu sukar, hingga kadangkala kita terduduk, menangis tidak henti. Terkedu dengan kelemahan diri. 

*****

Sudah menginjak dua bulan semenjak peristiwa hitam itu berlaku.Hati belum sempat sembuh dan kemudian luka lagi. Baru sahaja dugaan berat menimpa keluarga, baru hendak menarik nafas lega, kami diduga lagi. 

Penulisan kali ini latarnya sedih, mungkin kerana baru malam ini air mataku mampu mengalir, setelah sekian lama aku biarkan mata ini kering, berpura-pura kuat sedangkan di dalam aku sedang hancur, berkecai tiap rasa. Malam ini aku mampu menangis spuas-puasnya. Hati terasa lega, dadaku terasa ringan. 

Iya, tangisan mampu meringankan hati yang sedang sarat dengan kesakitan, keperitan, dan kesedihan. 

Analogi kehidupanku belum susut dari dugaan. Ada sahaja datang dari setiap pelusuk, setiap arah kehidupan. Tidak, aku tidak mengeluh, sekadar meluah rasa terpendam. Takut kalau aku biarkan di dalam nnti dia akan menjadi barah, lalu memakan diri sendiri. 

Maaf kalau post kali ini latarnya terlalu suram dan gundah. Penulisanku sentiasa dari hati. 

Masih terngiang wajah ibundaku sehingga kini. Aku tidak mampu meluah pada sesiapa akan risaunya aku pada keadaan ibuku. Sebab aku tahu tiada sesiapa lagi yang mampu memahami sakitnya sepertimana aku merasainya. Di hadapan mataku sejak aku kecil, aku merasai setiap derita yang ibu rasakan, mana mungkin tika aku dewasa, tatkala aku menjadi semakin memahami latar dan drama dunia aku mampu meletakkan derita rasanya di tepi? Tidak. Tidak mungkin sama sekali. 

Sekarang entah di mana2 saja jiwaku menerawang. Entahlah, pada waktu aku menginjak tanah Terengganu ini, ada saja hal yang mengganggu ketenangan hati. Ada saja hal yang buat aku erghh.. Entahlah, rasanya hal2 lama dan remeh temeh buat kecelaruan begini sentiasa datang. 

Aku tertarik dengan penulisan Ust Pahrol dalam bukunya yang baru saja aku beli "Soal Hati".Simpulnya, buku itu berbicara soal hati, yang aku yakin punca segala rasa yang celaru muncul saban hari ni. 

Mungkin atas kurniaan hati yg mudah menyayangi, mudah tersentuh, dan mudah berkecil hati ini, hampir tiap hal yg berlaku menggangguku. Saban zaman bertukar aku masih diduga atas hal yang sama, berulang kali, cuma watak2 yg terlibat berbeza. Cuma atas kedegilan aku untuk mengakuinya, aku yakinkan diri bahawa aku hanya menjalanka tggjawab sbg hamba, yg berusaha keras utk menjadi seseorang yg berguna utk manusia lain. 

Tapi hakikatnya TIDAK.

Mungkin aku ketawa apabila aku ceritakan kembali hal2 yg berlaku pada aku dahulu. Bagaimana aku sentuh hati org lain utk aku didik dan aku sayangi bagaikan darah dagingku sendiri. Dan kemudian aku dibuang begitu saja, iya, habis madu sepah dibuang. Apabila aku perhati, nampaknya aku gagal mendidik. Begitu. Pedihnya masih terasa. Sampai sekarang. 

Berkali-kali aku pujuk diri.. Cuba nak lupakan saja semua tu tapi hakikatnya setiap waktu hal itu buat hati aku berkecai. 

Kalau hati puncanya. Maka hati juga penyelesaiannya. 

Maka aku kuatkan hati setiap kali hati hancur. Caranya? Aku mendekati dan memerhati. Aku bersangka baik pada tiap2 calar yg wujud dalam episod hidup. Sbb bagi aku calar balar inilah yang akan menjadi asbab utk aku semakin kuat ke hadapan, walaupun ada masa tu aku akan terduduk menangis. Sendiri. 

Tapi kita ini hamba berTuhan, mana mungkin kita brsendiri? 


Ada Tidak Bertambah, Hilang Tidak Berkurang.

on Wednesday 12 November 2014
Bismillah.

Setiap hari pun kita kena banyak bersyukur kepada Allah SWT. 

Ramai yang masih mahu hidup untuk beribadah tapi peluang itu sudah tertutup.

Dan. 

Setiap hari pun kita kena banyak istighfar kepada Allah SWT. 

Sebab dalam kita diberi peluang untuk menambah ibadah, malah kita menambah dosa. 

Aduh, berceramah pula. Tapi ada baiknya juga kalau aku mulakan penulisanku begitu. Sesekali sentapkan diri ni memang perlu. So that kita ensure diri kita ni masih konsisten dalam consciousness dri yang masih kenal apa itu 'kebaikan' dan msih mahu meninggalkan 'kejahatan'. 

....

Aku kadang tu sangat mencemburui org yang boleh kurang kisah dan tak ada tendency untuk overthink. 

Sebab utk kes aku, aku berfikir terlalu kerap dan terlalu kritikal sehingga mengganggu kualiti tidur dan rehat aku. 

Dan aku selalu bercakap sendirian. 

Aku rasa masalah tidur aku ni sebab aku ada terlalu banyak perkara yang aku timbang-tarakan, dan diam di dalam kotak fikiran tak keluar langsung sebagai satu gugusan idea. 

Iya, mungkin begitu. 

Ada masa tu aku rasa macam nak lari dari smua ni.

Dari hingar bingar dan rusuh rasa yang tidak pernah berhenti walaupun satu saat. 

Aku tidak mengeluh hidupku penuh liku. Sebab aku tahu ada orang yang lebih dahsyat diduga ranjau kehidupannya. Malah kalau diikutkan, aku sangatlah beruntung. 

Cuma things are hard lately, and being afar from your love ones doesnt makes it any easier either. 

Di sini cukup aman. Suasanya damai, jauh dari hiruk pikuk kota yang memang menyesakkan dada. Mungkin bagi yang sudah terbiasa dengan hiburan, tempat ini bagaikan penjara dan nothings much to offer. But for me, this is a place where I belong. Aman, suasana kampung begitu jelas. Kalau bukan kerana tuntutan kerja, rasanya aku akan mulakan hidup di sini, settle down di sini. 

*****************

Scroll news feed fb, kadangkala aku tertanya-tanya sendiri, ada sedikit perasaan 'jealous' muncul apabila mata tertancap pada beberapa gambar dan muat naik status yang terpampang. 

"Entah bila akan bertemu lagi" - caption suatu gambar yang penuh dengan memori. Sekumpulan sahabat mengambil gambar bersama dan mengira detik untuk kembali bersua suatu masa. 

Apabila aku belek2 kembali rakaman-rakaman foto yang aku simpan, tidak banyak yang melibatkan aku di dalamnya, apatah lagi yang melibatkan gambar aku bersama dengan so-called teman2 seperjuangan di mana2. Di kampus, di mrsm, di skolah menengah... jarang skali ada. 

Kalau ada pun sekadar dengan junior, adik2, kawan2 gitu-gitu ja. 

Dan pada masa inilah aku akan mula melihat ke dalam diri; akukah yang tidak tahu cara bergaul yang betul? 

Kalau aku jenguk balik masa silam, memang aku spesis 'out of context'. Meaning, aku tidak melekat pada satu-satu kelompok pada satu2 masa yang panjang. Sama ada aku berjalan bersendirian, atau aku tiba-tiba masuk dalam satu kelompok manusia yang aku kenal, tapi tidak begitu rapat. 

Mungkin sebab aku rasa, belum ada lagi yang mampu tandingi nilai persahabatan yang kami jalin dari kecil; di bangku tadika lagi = Amnah dan aku. Nilai kepercayaan kami tinggi. Jarang bersua, jarang bertemu apatah lagi berhubung. But we are always there for each other. 

Mungkin serik aku pada situasi ditikam oleh rakan baik sendiri sewaktu di MRSM dahulu, yang menyebabkan aku jadi kurang berkenan untuk mencari 'geng'. Maka berkelanalah aku sendiri pada kebanyakan waktu. 

Jadilah kewujudanku seolah melukut di tepi gantang; ada tidak bertambah, tiada tidak berkurang. 

Sesekali terasa sunyi tu. Sebab melihat org lain ada geng dan definisi kelompok rakan mereka masing2.  Dan di satu sudut, aku memerhati saja org keliling. Aduh. Kesian pulak rasa dengan diri sendiri. 

Tapi aku tidak rasa mengeluh sebagai satu jalan keluar di sini. Aku yang memilih untuk jadi 'outsider' therefore I have to live with it kan? 

Sebenarnya bagi aku, its better to be known as someone yang nobody, tapi kau berkerja keras di belakang tabir. 

Biarlah ada tidak diketahui tapi hilang dirasai, kata org. 

Tapi keadaan aku sekarang rasanya kalau hilang pun org tak peduli. haha. 

Cuma dalam hidup ni, kena slalu amal bakti dengan bersungguh-sungguh pada orang lain. Walaupun kita tidak dikenali, biarlah perbuatan kita jadi ingatan manis semua orang. 

Itulah mungkin yang aku cuba nak buat. Jadi someone yang boleh buat baik untuk/kepada semua orang, walaupun tidak dikenali apatah lagi dikenang-kenang. 

Sebab itu aku suka menyendiri, sebab aku ada bnyk waktu untuk gunakan akal untuk berfikir, meneliti, dan menelaah keadaan sekeliling. 

Panjang dah ni bebelan aku. Harap lepas ni aku boleh tidur selepas mencurahkan segala isi kepala ni. 

Sekian. 

Taufik 
11.35pm
Terengganu




Lain Hati yang Dijaga, Lain Hati yang Derita.

on Saturday 8 November 2014
Bismillah.

Rasanya lama benar aku tidak contengkan apa2 di sini. Mungkin kesibukan berkerja, mungkin juga sebab pura-pura sibuk dengan kerja.

Terus-terang, aku rindu diri aku yang dulu. Yang melankolik , kurang perhatian kepada isu dan hal yang melibatkan orang lain. But as time goes by, rasa macam aku sedang beralih daripada memerhatikan diri sendiri kepada memerhatikan orang lain.

No, aku tak judge orang lain. Tapi somehow aku suka study masyarakat keliling. To know more tentang kehidupan, and to understand people more.

Tapi somehow benda tu backfired. I lost too many people that I care about in the process. I care too much dan sibuk uruskan hal ehwal orang lain sebelum diri aku. For some reason aku sendiri hairan macamna aku boleh survive tahun degree dulu. Sebab life was so much harder back then.

Tak macam dulu. Aku memang kepoh, aku memang bising. Itu aku tak nafikan. Tapi sedar atau tidak, itu cuma satu lapisan personliti yang aku berikan pada dunia untuk kenali aku. Dalam dan jauh di sudut hati, cuma Allah dan kawan baik aku saja yang tahu. Aku boleh jadi sngat introvert, dan aku sangat PEMALU. Cuma aku deny sifat pemalu aku tu sbb aku perlu survive. Nak malu kena bertempat.

Dah beberapa tahun berlalu sejak kali terakhir aku menjadi 'aku'. Iya, yang suka bermadah dari penulisannya, yang suka berkarya untuk meluahkan isi hatinya. Aku rasa, kalau aku kumpulkan semua sajak yang aku pernah tulis dulu, aku dah boleh gabung menjadi sebuah antalogi sajak. Tu belum lagi campur cerpen-cerpen pendek yang kadang2 ada yang tidak menemui penghujung pun.

Aku ada terlalu banyak hal yang aku simpan dalam kepala dan hati sanubari aku. Aku suka perhati org lain sebab aku belajar melalui org lain. Aku cuba untuk memahami orang lain dan aku berusaha untuk puaskan hati orang lain.

Tak mau orang lain sedih.

Tak mau orang lain kecewa.

Tak mau orang lain tak selesa.

Cuma kadangkala, kedangkalan dalam aku menjaga tingkah laku mungkin, membuat akhirnya orang lain yang sibuk aku jaga hatinya, akhirnya aku juga yang hancur hati, terseksa, derita, sedih tak ada hujung tiba.

Penat. Memang ada masanya aku rasa dah penat nak buat semua ni. Ada masa tu aku rasa aku boleh hentikan masa sekejap; atau sekurangnya aku dapat visualkan yang masa berlalu begitu perlahan disekeliling aku, dan cuma aku yang boleh merasainya. Dan aku disitu sendiri, terpinga-pinga melihat keadaan kelilingku.

Akukah yang tidak tahu cara bergaul yang sebetulnya?

Fokusku terlalu banyak untuk menjaga anak-anak kecil dan adik2 sahajakah? Sehingga mahu menjadi satu entiti dalam masyarakat terasa begitu susah.

Ada masa tika kesedihan itu bertandang, aku kuatkan diri dengan motivasi sunnah. Iya, aku pegang pada pesan Nabi, untuk jadi manusia yang berguna untuk orang lain.

Tak kisahlah sejauh mana orang nak gunakan kita, biarlah kita jadi manusia yang memberi manfaat.

Walaupun kehadiran kita tidak dirasainya, biarlah kehilangan kita dirindui.

Ingat tak terasa hati apabila yang bersusah-payahnya kita, tapi org lain pula yang disanjung dan dihargai usahanya?

Tapi percayalah, bahawa yang berkerja di belakang tabir itu, kepuasannya tidak sama dengan yang sibuk dipuja org ramai sepanjang hidupnya.

Biarlah aku jadi pemain cerita di belakang tabir, sebab motif utama hidup adalah untuk berkhidmat sebaiknya.

Di sini senyumku tawar sepanjang masa. Aku tidak salahkan sesiapa, malah aku kasihan melihat diriku sendiri. Peluang banyak di depan mata, tapi aku biarkan saja.

Kenapa?

Sebab aku penat menjaga hati manusia. Aku sudah cuba, tapi lain hasilnya. Jadi beginilah, lebih padan untuk aku berdiam bersendiri, sebab kadangkala kelakuan insan2 kelilingku tidak secocok dengan ritma hidup yang aku cuba lagukan. Jadi, takkan perlu aku paksa mereka untuk memahamiku?

Hidup biarlah memahami tanpa cuba minta difahami. InsyaAllah lebih mudah begitu.

Sekian lama tidak menconteng apa-apa di sini, hari ini aku memilih untuk meluah rasa. Tapi terus-terang, aku rasa lega menulis begini. Mungkin untuk hari2 yang akan datang aku akan bertandang lagi sini, menukilkan coretan hati yang benar2 sedang parah ni.

Wokeyh.. Assalamualaikum

TAUFIK
11/8/2014
12.00am

Kemudahan dalam Kesulitan.

on Monday 14 July 2014
Bismillah. 

Bersaksilah, bahawa dunia ini mmg tiada kuasa yang lebih hebat melainkan Allah, dan tiada jalan keluar lain daripada kesukaran dunia melainkan dengan mengikuti ajaran yang ditunjukkan Rasulullah. 

Begitu mukaddimahku berkali-kali. Saban waktu berharap ia akan menyerap di hati sendiri, lalu menjadi pedoman hati yang membacanya pula. 

.....

Sudah melepasi pertengahan Ramadhan untuk tahun ini. Banyak hal yang berlaku dalam Ramadhan ini saja. Aku melepasi satu lagi fasa baharu dalam hidupku. Baru saja sebentar tadi menjenguk sebentar memori lama sewaktu bergelar seorang pelajar di institusi pengajian tinggi. Betapa masa berlalu dengan bgitu pantas. Tidak sekali-kali menunggu sesiapa pun.

Ah.. rindunya bergelar seorang mahasiswa. 

Kini bukan sekadar bergelar bekas mahasiswa, malah bakal bergelar seorang yang berkerjaya jelang beberapa hari saja lagi daripada sekarang. Gementar? Ya, sudah pastilah, bukan? Baru sahaja mahu memasuki satu lagi fasa baharu dalam kehidupan. 

Aku menginjak dunia seorang suami pada usia yang begitu muda. Mungkin tidak semuda org lain tetapi bagiku sememangnya muda. 

Terus-terang aku katakan, dari dulu lagi aku sentiasa berdoa, dan alhamdulillah Allah makbulkan doaku walaupun aku ini bukan seorang hamba Allah yang taat. 

Doaku begini:

"Ya Allah, kurniakan aku jodoh pada usia mudaku". Kebanyakan waktu pula doa ini kutadah saat malam menjelang sepertiga malam. 

Neh... bukan itu ja doanya tetapi itu adalah salah satunya. 

Kalau ikutkan, aku memang tidak pernah sesekali beranggapan aku akan bernikah pada usia yang begitu muda berbanding abang-abgku yang lain. Aku adalah yang kedua berkahwin di dalam adik-beradik yang 6, dan aku adalah anak yang ke-4. 

Tidak mudah menjadi suami pada usia muda. Apatah lagi for every moment that I tried to fit in, I somehow felt down dan tak rasa mampu. Cuma, pada waktu yang teramatlah rasa tak kuat tu, I often said to myself that Allah wont test me if He doesnt know that I can do this. Mak pun slalu pesan untuk selalu positif, dan atas nasihat sebeginilah aku selalu mampu bertahan. 

Yeap..hidup akan selalu ada pancarobanya. 

Dan kita kena selalu yakin yang dalam tiap-tiap kesukaran, Allah akan sediakan jalan keluar. 

Hari ni saja, Allah bukakan jalan keluar untuk salah satu masalah aku. Aku sedang cuba mencari rumah@bilik sewa yang berpatutan dan housemate yang satu 'frequency' to begin with supaya mudah untuk menjadi rakan serumah nanti. Alhamdulillah, dek kerana hati tergerak untuk bukak jugak iklan di Mudah.my, aku dapat satu contact number. Long story short, aku dapat bakal housemate yang jugak seorang yang berkerja, dan alhamdulillah the room rate also wasnt that bad. Kami akan menyewa sebuah apartment, dan hanya akan tinggal bertiga, which is a very good thing. Tak maulah crowded2.. hik3.. 

For all my life aku memang selalu berhadapan dengan detik-detik sukar dan keadaan-keadaan yang sesekali menghimpit hati dan perasaan. But somehow, Allah akan hantar beberapa manusia untuk bantu aku hadapi kesukaran tu dengan mudah. 

Aku banyak membesar di luar rumah, dan didikan personaliti aku banyak aku dapatkan dari luar rumah. Aku masih ingat nama2 manusia yang for me are the "Guardian Angels" yang selama ni bantu aku untuk growing up dan menjadi matang. 

Kemudahan dalam Kesulitan. Itu yang aku selalu tekan dalam diri aku. Ada masa memang aku putus asa, tetapi mengetahui hakikat yang tiap2 lorong gelap akan ada hujung yang bercahaya, dan sentiasa percaya bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya, maka aku cuba tenangkan diri dengan memberitahu diri itu; yang segalanya akan berakhir and turns out to be okay juga nanti. 

Terus-terang, memang kadangkala tu rasa tak mampu. But to begin with, memang kita ini insan; yang akan sentiasa diuji untuk dibuktikan imannya. 

Kita ini umat akhir zaman. Dimanjakan sebenarnya. 

Hmm.. Itu ja kot untuk posting kali ni. Sekadar nak mengarut waktu tengah-tengah malam buta ni. Aku dapat rasa penulisan aku makin tak best. Kena bnyak membaca dan korban lagi dan lagi. 

Wallahualam 

#prayforGaza

Taufik
Isnin
14/7/2014
2:13am

Persinggahan Sebentar, Cinta yang Kekal.

on Friday 11 July 2014
Bismillah. 

Maka bersaksilah sekalian alam, bahawa tiada kuasa yang lebih hebat di alam ini melainkan kuasa Allah, dan tiada kejayaan melainkan dengan menuruti jejak Rasulullah. 

.....

Allahu, lama benar rasanya aku tak singgah di blog sendiri. Bak kata org, kalaulah laman sesawang ni boleh dilihat dengan jelas dalam 3D, rasanya dah berbakul-bakul sawang aku boleh kumpulkan. 

Tengok2 last post adalah bulan March. Woha! Memang lama benar blog ini kubiar sunyi tanpa apa2 'bebelan'. 

Tapi alhamdulillah. Hari ni otak rasa 'fresh' dan 'rejuvenated' sikit untuk membebel sedikit di blog ini. Kalau ikutkan, dah lama dah jadi blogger. Blog lama dipadam atas sebab2 keselamatan. Hik3.. 

Dah masuk 12 Ramadhan. Tak sedar langsung masa berlalu dengan begitu pantas. Fasa keampunan dah pun bermula .. So I guess, pandai2lah kejar amal untuk hidupkan ramadhan ini sebaiknya. Sebab, inilah masa untuk kita ganti balik segala kecacatan amal di bulan2 lain. Almaklum, inilah bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan di sisi Allah! 

Persinggahan Sebentar. 








*Gambar: Kenangan bertugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu, Selangor. 

Sejak dulu lagi aku memang lama bercita-cita utk menjadi seorang pendidik. Acap kali ditanyakan di sekolah rendah sehinggalah meningkat ke alam sekolah menengah, jawapan yang sama tiap kali aku ditanyakan cita-cita. Memang sentiasa mahu menjadi seorang pendidik. 
Kenapa? 

Sebab aku kagum pada jiwa kental seorang pendidik. Bayangkan saja, kalau ada 30 org murid, tiap satu murid mempunyai satu macam ragam. Kalau 30 org? Bermakna ada 30 macam ragam. Ada yang nakal, pendiam, pemalu, bising, dan macam2 lagi. Dah macam beranak 30 gamaknye. hik3.. 
Idola? 

Ada seorang guru yang sntiasa jadi pendorong semangat semasa di sekolah rendah dahulu. Caranya, gayanya, dan komunikasinya bersama murid yang tak pernah janggal dan kekok buat aku kagum, malah bertambah jatuh cinta kepada pekerjaan sebagai pendidik ini. She always been kind to her students as if we are her own family. Tak pernah lekang dengan senyuman. Malah sikapnya yang tegas dalam halus itulah yang membuatkan aku semakin terdorong untuk mengejar cita-cita untuk menjadi seorang pendidik juga. Sebab, aku nak teruskan legasi didikannya. Meneruskan harapan dan semangatnya untuk generasi baharu nanti. 

Pengalaman di SMKSB mmg adalah antara pengalaman yang paling manis dalam hidup. Di situlah aku kenal apa itu sabar, melatih diri untuk menjadi lebih berdisiplin dan mengenal rencah kehidupan anak-anak generasi sekarang. Acapkali kalau aku duduk sendirian di mana-mana sudut sekolah, aku suka perhatikan gelagat anak-anak muridku (sekarang dah jadi bekas anak-anak murid). Ada yang mmg hyperactive, ada pula yang mmg spesis 'I do my own business': x suka diganggu. Tu belum lagi nak cerita yang degil. Aduhai~~ 

Tapi all in all, being given the chance untuk duduk menjadi seorang tenaga pengajar di SMKSB, wlupun waktunya singkat, dan hanya sekadar persinggahan sebentar, meninggalkan bekas yang kekal dihatiku. Well, alhamdulillah ak belajar apa itu kesusahan seorang guru dalam mendidik anak-anak muridnya (siapa kata kerja guru senang???). Dengan melayan telatah anak-anak murid lagi.. hailaaaa~~ 

Aku masih ingat the few last first days of me kat SMKSB. Imagine, nak kena cipta satu imej yang mampu menjadi rakan dan sahabat untuk murid, dan dalam masa yang sama menggariskan batas supaya kepala tak dipijak. 

Masih ingat muka2 yang puas hati. Macamna tidak, hari pertama masuk, anak2 murid ini buat perangai. Memang kena sound! hik3.. tpi alhamdulillah.. anak2 yang selalu kena sound ini juga yang jadi teman rapat saya di skolah. 

Sepanjang 5 bulan lebih berada di SMKSB, alhamdulillah. Berjaya mencipta dan menyimpan kenangan yang macam2. Dapat menjadi rakan dan sahabat kepada anak2 murid, adalah antara misi utama yang aku tanam dalam diri sebelum memijak tanah sekolah tu. Alhamdulillah.. tercapai dengan jayanya. 

Aku harap, persinggahan yang sebentar ini menjadi suatu persinggahan cinta dan ukhwah buat anak2 murid yang mmg takkan aku lupakan sampai bila2 pun. Semoga anak2 didik ini menjadi anak2 soleh solehah, yang insyaAllah suatu masa nnti terbuka hatinya menjadi pembela agama dan bangsa insyaAllah. 

SMKSB-ian, I LOVE U!! =)

Taufik
1:03AM
11/7/2014

Kembali Melakar Rasa; Jangan Berputus Asa.

on Saturday 22 March 2014
Bismillah. 

Arakian, seperti kebiasaannya aku dahului kata-kataku dengan sedikit peringatan. Tiadalah apa-apa daya upaya di dunia ini yang mampu membawa kepada kejayaan melainkan dengan menghidupkan amal dengan cara yang telah diajarkan Rasulullah S.A.W dan taat pada perintah Allah SWT. 

Begitu bicaraku, ringkas tetapi kuharap isinya yang cukup padat dapat difahami semua. 

Sekian lama, iya. Kukira sangat lama laman ini kutinggalkan terbiar di alam sesawang tiada kunjungan. Sesekali terasa rindu juga melihat diriku yang dahulu, yang acapkali rasa dan rintih aku luah di balik papan kekunci, dan aku salur daripada kata yang aku susun di akalku. Lalu aku terjemah menjadi suatu susunan bicara untuk tatapan semua.

Iya, ketika itu aku masih polos. Masih lagi berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Baru sahaja mahu merasai alam luahan rasa di alam maya seperti orang-orang lain pada ketika itu. Sungguh, perasaannya ketika itu, Tuhan sahaja yang mampu menterjemahnya. 

Kali ini aku mengadap skrin ini lagi. Dengan ilustrasi yang lebih mesra pengguna berbanding sebelum ini. Iya, lama benar laman ini aku biarkan. 

Lama hati kecamuk ini minta dan meronta. Baru malam (pagi) ini terasa jari-jemari ini mahu bermain dan menari bersama di atas papan kekunci plastik ini, dengan deru angin malam yang sesekali mengintai dari balik jendela, meniup lembut tiap roma yang ada di tubuh. Sekian lama, lama ini aku biarkan tiada kunjungan. 

Dulu inilah tempat meluah ketika aku sedang kecamuk rasa. Mungkin ini masa untuk aku kembali mengoreksi segalanya di sini. 


Putus Asa. 

Aku yakin, ramai yang mengenali dua perkataan ini. Bahkan ada yang seringkali bertemunya dalam perjalanan hidupnya berkelana di dunia yang sunyi sepi ini. Iya, aku juga begitu. Kala aku ketawa gembira, tidak ramai yang tahu di dalam ini aku sedang menangis, merintih, dan kecewa. Tidak ramai yang tahu bahawa aku juga manusia, di balik kasar dan kerasnya aku dalam berbahasa, aku juga mempunyai kecamuk jiwa yang rontanya tidak semua aku zahirkan. 
Aku sudah melalui banyak fasa kehidupan dan diwarnai oleh pelbagai lapisan karakter yang sesekali mencuit rindu di kala aku berseorangan atau sedang dalam keramaian. Kenangan, mana mungkin dilupakan bgitu saja? Aku boleh saja katakan aku sudah mula mengangkat diriku dan bergerak ke hadapan, tetapi jauh di suatu sudut hatiku, mereka sudah pernah bertapak, kusayangi seperti darah dagingku sendiri. 

Mrsm. 

Aku dikurniakan hati lembut dan halus. Diberi anugerah untuk mudah menyayangi dan alhamdulillah dalam pemerhatianku, masih aku diberi rezeki untuk berkongsi rasa sayang itu dengan orang lain. Dalam usia aku membesar, aku bukan seorang anak yang baik, apatah lagi seorang adik beradik yang baik. Aku gagal dalam menjadi adik dan abg yang baik untuk adik dan abg aku di halaman tempat aku dibesarkan. 
Iya, aku keras kepala dan gagal memahami tanggungjawab sebagai seorang abang terutamanya. Mungkin itu yang membawa aku berkelana ke sekolah berasrama penuh, di mana ada insan2 yang mahu dan perlu aku belai dan aku jaga, aku perhati dan aku letakkan sayang padanya. Di situ tempatnya ketika itu, MRSM Kota Kinabalu. 

Di sini aku membentuk diri dan menggalas tanggungjwab. Iya, di sini aku belajar menjadi seorang abang yang lebih baik, dan dikurniakan karakter2 yang mewarnai hidupku di sekolah berasrama. Orang kata ketika ini sangat mudah mempunyai abang dan adik angkat, maklum, sunyi. Tetapi bagi aku tidak, tiap2 insan yang aku dekati aku mempunyai misi yang tersendiri. Dan yang paling utama sudah tentu untuk mendidik diri sendiri. 

Gagal. 

Bagi aku, apabila mereka sudah mula menjauhkan diri maknanya aku sudah gagal dalam misiku. Tetapi Allah tidak pernah berhenti mengurniakan aku insan2 untuk aku beri perhatian padanya. Sehingga kini alhamdulillah, mereka masih kekal berhubung, tetapi kali ini aku lebih berhati-hati.. Mana mungkin aku biarkan hati ini dipatahkan lagi. Cukuplah memori lama mengajar diri, pipit tidak boleh terbang bersama helang. Harus selalu sedar diri. 
Jangan Putus Harapan. 

Iya, ada masa aku akan terkenang-kenang, ada masa dari kenangan itu air mataku akan mudah sekali meluncur ke bawah pipi, dan situ aku terngiang-ngiang smua memori lama berbantalkan air mata yang basah banjir di balik tangisan. Allah saja yang tahu ketika kenangan itu datang bertandang bagaimana rasa hancur yang sedang bertimpa-timpa bertimbun di atasku. 
Cuma, aku harus selalu sedar, bahawa setiap insan yang datang kepadaku adalah suatu amanah, dan apabila tugasku sudah selesai maka perlu aku sandarkan kembali jagaan itu kepada pemilik asal mereka, iaitu Allah. Andai mereka memilih untuk hilang, maka harus diredhakan, harus aku lepaskan. Bukan 50 ribu tahun sebelum alam ini tercipta, perpisahan itu sememangnya sudah tertulis di Luh Mahfuz sana? Bukankah aku menjadi hamba yang tidak molek andai aku tidak beriman kepada ketentuan ini? 

Begitu juga halnya pada perkara lain. Hancur hati ini mengajarku banyak perkara. Bahawa hal-hal dunia ini tanpa sandaran cinta kepada Allah maka hujungnya hanya akan ada kecewa. Bukankah talian kasih itu ditaut kerana cinta kepada agama-Nya, maka jika begitu bukankah berpisah tidak gundah, bertemu tidak jemu? 

Pada keputus-asaan itu akan datang ruang pada iblis dan syaitan untuk mengambil peluang mereka, untuk membawa hamba ke arah kekufuran. Apakah adil untuk diriku andai kesedihan tidak mampu meraih sesuatu yang tidak ditakdirkan untukku untuk aku rosakkan iman yang begitu sukar untuk dibaiki lagi? 

Duhai diri yang sedang berkecamuk, 

Kembalilah bangkit pada dua kakimu
langkahlah semula ke hadapan
masa depan itu misteri
sedangkan hari ini hakiki. 

Hiduplah untuk bangun pada hari esok untuk baiki hari semalam. 

Duhai diri yang sedang gundah gulana, JANGAN BERPUTUS ASA!

Taufik
Gombak
22/3 - 2.29am