Masa Lalu, Masa Kini, dan Seterusnya.

on Sunday 3 April 2016
Bismillah.
Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Seperti biasa mukaddimahku, aku selitkan perkara begini, moga2 melekat di hatiku sendiri nanti.
Malam2 begini seringkali saja hati resah gelisah mahu berbicara. Selalu saja mahu berbicara bermadah. Ada saja hal yang terlintas di minda, minta diluah.
Iya, saban waktu aku terfikir jua untuk singgah di sini. Bercerita, menari-nari di atas papan kekunci komputer riba merah ini.

Iya. Aku orangnya melankolik. Kadangkala inilah cara paling baik untuk aku keluar dari kemelut rasa kerana seringkali apabila aku cuba berkongsi keluh kesah, salah faham saja jadinya.
Maka dunia maya ini jadi tempat aku bermanja sekali-sekala.
Begitu, lapik personalitiku berbeza-beza. Belum tentu yang kamu kenal di hadapan, yang kamu bawa berbicara bersosial, yang kamu kenal secara bual-bual mesra itulah diriku.
Malah aku yakin kebanyakan org yang sepertiku; melankolik sifatnya, berbuat begitu jua.

MASA LAMPAU. 
Ada masa tu memang terasa mahu kembali ke masa lalu. Apabila semua hal tidak kelihatan begitu rumit atau permainan rasa itu seringkali berlaku. Apabila segalanya hanya tentang bermain dan bergembira. Semua hal tidak melibatkan 'tanggungjawab' kepada apa2.
Iya, kalau mahu aku ulang semula memori masa lalu yang aku cipta, boleh kukata manisnya kurang. Di sekolah aku orang yang berlainan dengan di rumah. Dalam keluarga, lagilah tidak sama.
Masa lampau yang tidak perlu pada sandaran.
Aku menangis, aku move on.
Aku ketawa, aku move on.
I dont need things or person to keep me amused, or happy. I am happy because Im happy. Aku tidak perlu pada sandaran asbab untuk menangis, aku jatuh, aku gagal peperiksaan/ujian, aku menangis.

Thats it.

Back then everything was so simple. Less attachment. Less commitment.
I need no one untuk bersandar. I travel and explore the world alone. And mmg begitu pun since I was a little. Living with 4 brothers, mmg kena share that attention.
So yeah. Thats not really something yang negatif. Aku memang sentiasa positif.
Dan acapkali sergahan negatif bicara org lain menyinggah, sesekali aku terima. Tapi kebanyakan masa aku biarkan.

MASA KINI.
Waktu ini aku sering dilanda kecamuk rasa. Seolah-olah aku tidak ada asbab ketawa sendiri. Mungkin dek kerana apresiasi yang berlebihan kepada sesuatu yang bukan mutlak utk aku hargai. Malah tidak layak langsung.
 
Org sepertiku akan menghargai tiap zarah yg melintasi haluan hidupku. Iya, setiap pemberian dripada org lain, hatta sekadar kapal kertas sekali pun aku hargai bagai harta milik sendiri. Sebagaimana aku mahu pemberian dariku dihargai, begitu juga aku balas penghargaan daripada org lain.
Masa kini yang aku lalui sekarang terlalu rumit. Terlalu banyak hal yang mengganggu fikiran, and Im living a life that was never my plan. Saban hari aku jalani hidup melakukan sesuatu yang bukan dari hati. Meski pun aku tetap berikan sepenuh jiwa raga utk berkhidmat.
Setiap yang aku buat dtgnya dari hati. Tidak sesekali minta simpati atau dibalas kembali. 

Soal terasa hati tu memang selalu. Aku ini orgnya sensitif. Cuma sepanjang aku menginjak dewasa ini aku kurang berhadapan dengan sensitiviti yang melampau itu. 

Kiranya hati aku ni belum mampu jadi seluas lautan. Berlapang dada selalu. Mungkin kerana lokus kegembiraan dan apresiasi diri aku terletak di luar diri sendiri. 

Kembali ke masa lampau. Apabila aku letakkan kepentingan org lain sebagai kepentinganku. Dan kepentinganku aku ringan-ringankan. Nak didik hati memang begini. Malah biasanya memang pemberi akan banyak terluka.

Allah mahu ajar ikhlas. Maka aku kena redha. 

Tapi aku juga insan biasa. Kadang tu kalau usahaku seperti tiada erti, aku rasa hati terguris jua. 

TAUFIK
Sepanggar
3/4/16
1.59am

2 comments:

Amouy said...

Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
www.arenakartu.cc
100% Memuaskan ^-^

Amouy said...

JOIN NOW !!!
Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.cc

Post a Comment