Sepasang Selipar untuk Fiqo

on Sunday 21 August 2016

Bismillah.

Seperti selalunya, aku ingatkan diri aku kebesaran Tuhan, betapa aku selalu 'merajuk' pada takdir, hingga aku lupa itulah yang terbaik.

Lama benar laman ini aku tinggalkan. Sengaja perasan sibuk, sengaja perasan ketiadaan masa. Sedangkan utk apa2 sekali pun di dunia ni, kalau kita benar suka, tetap akan cuba utk meng'ada'kan masa untuknya.

Iya. Inilah sebenarnya duniaku. Suatu dunia alternatif yang membawaku lari jauh dari realiti pahit dunia sebenar.

Kenapa?

Di alam penulisan ini aku temui kebebasan untuk bersuara tanpa perlu gusar utk menyakiti hati sesiapa.

Iya. Beberapa hari ini dan minggu2 yang sudah aku tidak habis menyalahkan diri atas hal2 yang berlaku. Sedangkan pada hakikatnya, aku tidak mampu lakukan apa2 utk mengawalnya.

Iya... malah aku bersedih sebab akulah punca dan aku juga tidak mampu mengawal keadaannya.

Malah kian sengaja menyakiti diri. Bukan mencari simpati tapi itulah yang aku rasa selayaknya utk aku.

Terbiar sendiri, tak perlu risau akan menyakiti sesiapa.

Mahu diluah, entah siapa-siapa saja yang sudi mendengar. Iya, mungkin kali pertama atau keduanya masih ada yang mahu menyedia bahu utk bersadar, atau mungkin helaian tisu utk mengusap tangisku kalau tertumpah.

Tapi kemudian?

Tidak semua mampu mendengar dgn penuh empati. Apatah lagi mahu menghulurkan simpati. Kadangkala aku hanya mahu mengeluarkan keluh resah fikiran yang tidak kunjung tiba. Yg tidak habis dtg tanpa aku undang kehadirannya.

Tapi malah aku dijauhi.

Kenapa?

Kerana tak semua telinga tercipta utk mendengar. Tak semua hati mahu bersimpati.

Iya. .

Beberapa waktu belakang ini aku banyak tenggelam dalam kecamuk rasa. Mungkin ini saja tempat aku boleh meluah tanpa gusar.

Kerana kadang mata 'pena' lebih jujur daripada lidah.

Biarlah. Akanku cari sepasang selipar utk diriku sendiri.

Biar aku bawa diri ini jauh dari pahit realiti ini.

Fiqo
Sepanggar
21/8 5.39pagi

2 comments:

Amouy said...

Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
www.arenakartu.cc
100% Memuaskan ^-^

Amouy said...

JOIN NOW !!!
Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.cc

Post a Comment