Ada Tidak Bertambah, Hilang Tidak Berkurang.

on Wednesday, 12 November 2014
Bismillah.

Setiap hari pun kita kena banyak bersyukur kepada Allah SWT. 

Ramai yang masih mahu hidup untuk beribadah tapi peluang itu sudah tertutup.

Dan. 

Setiap hari pun kita kena banyak istighfar kepada Allah SWT. 

Sebab dalam kita diberi peluang untuk menambah ibadah, malah kita menambah dosa. 

Aduh, berceramah pula. Tapi ada baiknya juga kalau aku mulakan penulisanku begitu. Sesekali sentapkan diri ni memang perlu. So that kita ensure diri kita ni masih konsisten dalam consciousness dri yang masih kenal apa itu 'kebaikan' dan msih mahu meninggalkan 'kejahatan'. 

....

Aku kadang tu sangat mencemburui org yang boleh kurang kisah dan tak ada tendency untuk overthink. 

Sebab utk kes aku, aku berfikir terlalu kerap dan terlalu kritikal sehingga mengganggu kualiti tidur dan rehat aku. 

Dan aku selalu bercakap sendirian. 

Aku rasa masalah tidur aku ni sebab aku ada terlalu banyak perkara yang aku timbang-tarakan, dan diam di dalam kotak fikiran tak keluar langsung sebagai satu gugusan idea. 

Iya, mungkin begitu. 

Ada masa tu aku rasa macam nak lari dari smua ni.

Dari hingar bingar dan rusuh rasa yang tidak pernah berhenti walaupun satu saat. 

Aku tidak mengeluh hidupku penuh liku. Sebab aku tahu ada orang yang lebih dahsyat diduga ranjau kehidupannya. Malah kalau diikutkan, aku sangatlah beruntung. 

Cuma things are hard lately, and being afar from your love ones doesnt makes it any easier either. 

Di sini cukup aman. Suasanya damai, jauh dari hiruk pikuk kota yang memang menyesakkan dada. Mungkin bagi yang sudah terbiasa dengan hiburan, tempat ini bagaikan penjara dan nothings much to offer. But for me, this is a place where I belong. Aman, suasana kampung begitu jelas. Kalau bukan kerana tuntutan kerja, rasanya aku akan mulakan hidup di sini, settle down di sini. 

*****************

Scroll news feed fb, kadangkala aku tertanya-tanya sendiri, ada sedikit perasaan 'jealous' muncul apabila mata tertancap pada beberapa gambar dan muat naik status yang terpampang. 

"Entah bila akan bertemu lagi" - caption suatu gambar yang penuh dengan memori. Sekumpulan sahabat mengambil gambar bersama dan mengira detik untuk kembali bersua suatu masa. 

Apabila aku belek2 kembali rakaman-rakaman foto yang aku simpan, tidak banyak yang melibatkan aku di dalamnya, apatah lagi yang melibatkan gambar aku bersama dengan so-called teman2 seperjuangan di mana2. Di kampus, di mrsm, di skolah menengah... jarang skali ada. 

Kalau ada pun sekadar dengan junior, adik2, kawan2 gitu-gitu ja. 

Dan pada masa inilah aku akan mula melihat ke dalam diri; akukah yang tidak tahu cara bergaul yang betul? 

Kalau aku jenguk balik masa silam, memang aku spesis 'out of context'. Meaning, aku tidak melekat pada satu-satu kelompok pada satu2 masa yang panjang. Sama ada aku berjalan bersendirian, atau aku tiba-tiba masuk dalam satu kelompok manusia yang aku kenal, tapi tidak begitu rapat. 

Mungkin sebab aku rasa, belum ada lagi yang mampu tandingi nilai persahabatan yang kami jalin dari kecil; di bangku tadika lagi = Amnah dan aku. Nilai kepercayaan kami tinggi. Jarang bersua, jarang bertemu apatah lagi berhubung. But we are always there for each other. 

Mungkin serik aku pada situasi ditikam oleh rakan baik sendiri sewaktu di MRSM dahulu, yang menyebabkan aku jadi kurang berkenan untuk mencari 'geng'. Maka berkelanalah aku sendiri pada kebanyakan waktu. 

Jadilah kewujudanku seolah melukut di tepi gantang; ada tidak bertambah, tiada tidak berkurang. 

Sesekali terasa sunyi tu. Sebab melihat org lain ada geng dan definisi kelompok rakan mereka masing2.  Dan di satu sudut, aku memerhati saja org keliling. Aduh. Kesian pulak rasa dengan diri sendiri. 

Tapi aku tidak rasa mengeluh sebagai satu jalan keluar di sini. Aku yang memilih untuk jadi 'outsider' therefore I have to live with it kan? 

Sebenarnya bagi aku, its better to be known as someone yang nobody, tapi kau berkerja keras di belakang tabir. 

Biarlah ada tidak diketahui tapi hilang dirasai, kata org. 

Tapi keadaan aku sekarang rasanya kalau hilang pun org tak peduli. haha. 

Cuma dalam hidup ni, kena slalu amal bakti dengan bersungguh-sungguh pada orang lain. Walaupun kita tidak dikenali, biarlah perbuatan kita jadi ingatan manis semua orang. 

Itulah mungkin yang aku cuba nak buat. Jadi someone yang boleh buat baik untuk/kepada semua orang, walaupun tidak dikenali apatah lagi dikenang-kenang. 

Sebab itu aku suka menyendiri, sebab aku ada bnyk waktu untuk gunakan akal untuk berfikir, meneliti, dan menelaah keadaan sekeliling. 

Panjang dah ni bebelan aku. Harap lepas ni aku boleh tidur selepas mencurahkan segala isi kepala ni. 

Sekian. 

Taufik 
11.35pm
Terengganu




1 comments:

Putry Amouy said...

JOIN NOW !!!
Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.cc

Post a Comment