Mencari Cinta

on Sunday, 28 April 2013

untukmu yang masih mencari cinta..
sedih..perit tertipu dan dipaksa
kau lihat semuanya buaya...
tiada yang bisa kau percaya..

maka kau terkapai-kapai
ke sana ke mari kau mencari
tak henti-henti
mengadu..merintih
akhirnya luka lama berdarah kembali

untukmu yang masih mencari
kau pandang ke sana ke sini
belum ada juga pengganti
sekian kali kau dilukai
lama menanti-nanti
siapa nnti insan sejati
datang mengubat luka di hati

parah...jeritan batin tiada kedengaran
tiap tangisan kau sembunyikan
malah tiada siapa yang tahu apa kau rasakan
mencari-cari jawapan...
di mana sebenarnya sumber ketenangan..

aku bukan si lelaki hebat...
aku bukan insan kamil yang dosanya disekat..
tp aku seorang sahabat...
yang sayang padamu kerana kau dekat...

lihat..kau pandang pada pepohonan
akarnya menumbuhkan batang berwarna coklat
lalu dari dahan itu ada daun2 rimbun kehijauan
lalu dari kehijauan daun2 itu kau lihat buah-buahan..
yang rasanya bermacam-mcam...

cuba kau buka hatimu....
bagaimana mungkin dari akar yang pahit itu..
datang buah yang manis? masam? .......

lalu kau lihat saja pada si lembu
dagingnya merah
ia makan pula rumput kehijauan..
tp tetap darahnya berwarna merah....
susunya pula berwarna putih

tanya lagi pada hatimu..
ke mana perginya semua warna-warna itu?

atau perlukah kau lihat dirimu..
kesempurnaan..
langkah berjalan..
dan pilihan untuk ibumu menjadi penjagamu..
dan dari tulang belulangmu begitu kecil...
sehingga tiap satu daripadanya membesar...
higga kau mampu berdiri dari merangkak...

oh..nikmat..
betapa kau tercari-cari ketenangan hatimu..
sedangkan ia sntiasa ada di mana2..

kalau kau lihat alam ini hebat..
bahkan Penciptanya lagi HEBAT!!

bukankah merenung alam ini..sumber ketenangan?
kerana akan terlihat...betapa kecilnya kita...
di hadapan yang memerintah alam...
raja segala raja..

PEMILIK segala CINTA....

dariku..untukmu yang mencari-cari....~~~~

0 comments:

Post a Comment